NAJIHAH yang masih membisu dijeling dengan ekor mata. Semakin pasti yang gadis itu marah dengannya. Jika tidak, buka saja pintu kereta, mulut Najihah tentu saja sudah berkicau-kicau. Ada-ada saja yang mahu ditegur Najihah. Kadang-kadang Najihah berkata yang keretanya berdebu, tanda sudah lama tidak dicuci, walaupun dia baru saja mencuci keretanya sehari sebelumnya. Kadang-kadang dengan wajah tidak bersalah, gadis itu berkata yang Najihah tidak mahu diganggu kerana mahu melelapkan mata beberapa minit. Paling-paling Najihah melemparkan senyuman padanya.
Tapi hari ini, jangankan senyuman, mulut Najihah seperti terkunci dan kuncinya entah dibuang ke lubuk mana. Masuk-masuk saja ke dalam keretanya, gadis itu terus memandang ke sisi kiri. Entah apa yang menarik sangat di mata Najihah, dia tidak tahu. Malah dia percaya tidak ada apa pun yang menarik kerana jalan yang sedang mereka lalui ketika ini adalah jalan yang sama. Jalan yang hampir jemu dipandang mata kerana tidak ada yang dinamakan perubahan.
Keluhan Najid lepaskan perlahan. Buntu memikirkan apa sebenarnya yang menyebabkan Najihah marah sangat dengannya. Cara Najihah melayannya, macamlah dia sudah melakukan kesalahan besar yang tidak patut diberikan kata maaf walaupun dia memang pun tidak memohon maaf. Tapi dia percaya, kalau dia ikut bisu, gadis itu akan kekal diam begitu.
Najihah, mana pernah mahu mengalah dengannya! Tidak kiralah sama ada gadis itu bersalah, atau tidak. Kalau salah pun tidak mahu minta maaf, tidak salah lagilah tidak mungkin.
“Jiha...” panggil Najid perlahan. Dia memandang Najihah yang tetap beku, seketika. Kemudian pandangan kembali dihalakan ke hadapan.
Najihah diam. Terus juga memandang suasana di luar. Bukannya tidak dengar, tapi sengaja buat-buat tidak dengar panggilan Najid.
“Jiha...”
Tetap juga tidak ada sahutan. Kalau mereka masih berbaik-baik, mahu juga dia melambakkan ketawa kerana berjaya membuatkan Najid kelihatan seperti orang tidak betul. Terus juga memanggil namanya walaupun tidak dipedulikan. Silap-silap dia akan mengatakan ‘kurang cerdik’ kerana kalau dia mengatakan ‘bodoh’ Najid pasti akan menurunkannya di tepi jalan. Najid memang jarang marah, tapi kalau marah dia tahu Najid akan marah sungguh-sungguh. Cuma, sepanjang mengenali Najid dari kecil hingga sekarang, Najid belum pernah memarahinya. Yang Najid marahkan, orang lain.
“Okey... kalau Jiha rasa Najid salah, Najid minta maaf!”
Mendengar perkataan maaf keluar dari ulas bibir Najid, pantas Najihah memalingkan wajah. Pun begitu, tidak ada senyuman di ulas bibirnya. Dia tidak mahu mengalah dengan begitu mudah di hadapan Najid. Hanya hatinya sedikit terpujuk bila Najid memohon maaf padanya. Maaf itu bermakna Najid sudah mengalah kepadanya. Sama seperti biasa, kerana dia, Najid tidak pernah kisah jika terpaksa merendahkan ego lelaki.
“Puas hati?” Sengaja Najid tekankan dua kata tersebut. Geram pula bila Najihah hanya memalingkan wajah sebaik saja dia memohon maaf. Kalau tidak, agaknya sampai ke pejabat pun gadis itu tidak sudi memandang wajahnya.
“Apa pulak! Bukan Jiha pun yang suruh Najid minta maaf,” protes Najihah dengan wajah yang semakin masam. “Lain kali kalau rasa tak ikhlas nak minta maaf, tak payah minta maaflah. Bukannya dapat pahala pun. Buat menyakitkan hati orang yang mendengar aje,” sambungnya dengan mata terjegil.
Najid ketap bibir. Tapi dalam diam dia rasa lega bila Najihah sudah mula berkata-kata walaupun perkataan yang meluncur dari bibir nipis itu terasa tajam menikam. Dia lebih rela mendengar Najihah terus berkicau seperti murai tercabut ekor daripada melihat Najihah mogok suara dengannya. Hanya beberapa hari Najihah tidak bercakap dengannya, dia sudah terasa kosong. Agaknya, kalau tiga bulan Najihah diam, bagaimana dengan hidupnya nanti?
Tapi jangan harap! Selagi dia waras, dia tidak akan biarkan Najihah mogok suara dengannya selama itu. Dia pasti akan menggunakan segala kelemahan Najihah yang dia tahu demi memancing mulut Najihah supaya berkata-kata. Dan Najihah, dia juga yakin tidak akan mungkin bertahan selama itu. Mengenali Najihah sejak kecil, dia cukup arif dengan sikap dan sifat gadis itu.
“Bila pulak Najid kata Najid tak ikhlas minta maaf tadi?”
“Alah, tak payah cakap pun Jiha tahulah. Ingat Jiha kenal Najid baru sehari dua ke? Dah 25 tahunlah! Bukannya baru dua atau enam tahun.”
“Kalau dah kenal Najid 25 tahun, kenapa tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aje Jiha diam? Tak nak pedulikan Najid?”
Pertanyaan Najid, Najihah abaikan. Dia tidak mahu menjawab kerana dia mahu Najid sedar sendiri. Dia mahu Najid tahu kalau dia juga punya hati dan perasaan. Tahu malu bila ada lelaki berkata begitu padanya, walaupun yang berkata-kata itu Najid.
Najihah, Najid pandang lagi. Seperti tadi, hanya sekilas. Kalau dia memandang lama, bimbang pula kereta yang sedang dipandu entah ke mana-mana pula haluannya nanti. Kalau hanya nyawanya yang terancam, tidak mengapa juga. Tapi kalau sesuatu yang buruk menimpa Najihah, apa pula yang mahu dijawab pada Datuk Bazli? Ilham lagi? Ayahnya pula? Silap-silap Najihah cedera sedikit, dia pula yang terlebih cedera kerana dibelasah mereka bertiga.
Najihah Qadeeja, kan kesayangannya mereka bertiga!
“Jiha ke mana selama tiga hari ni?”
“Tak ke mana-mana,” balas Najihah selamba.
“Habis tu kenapa call dan SMS Najid tak berjawab?”
“Malas!”
Malas? Ikutkan hati, mahu saja Najid memberhentikan kereta di tepi jalan. Keluar daripada kereta, berjalan laju ke pintu kereta sebelah kiri dan menarik tubuh Najihah ke luar. Selepas itu, menghempas tubuh yang sedap dipandang mata itu di badan kereta. Dia punyalah risaukan Najihah selama tiga hari, mudah saja alasan Najihah. Sedangkan kalau tidak kerana mahu menjaga ego lelakinya, awal-awal lagi dia sudah menerjah rumah Najihah. Itu pun hampir-hampir dia melakukannya. Tapi melihat keselambaan Najihah, Najid menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan. Dia tahu, Najihah sedang membalas sakit hati padanya.
Soalnya, apa salah aku?
“Kita pergi sarapan dulu ya?” Najid memilih memesongkan topik. Biarlah sakit hatinya ditolak jauh-jauh. Bukannya untung pun kalau berbalah dengan Najihah. Sudahnya nanti, dia juga yang terpaksa mengalah. Harapkan Najihah mengalah dulu, kucing bertanduk pun belum tentu gadis itu akan melakukannya.
“Dah sarapan.” Wajah, kembali Najihah hadapkan ke arah tingkap di sisi kiri.
Najid diam, tidak mahu berkata-kata lagi. Tahu, Najihah sedang berbohong kerana Ilham kata, Najihah tidak bersarapan. Keluar rumah dengan muka masam kerana tidak ada orang yang mahu menghantar Najihah ke pejabat. Malah Ilham berpesan supaya dia membawa Najihah sarapan sebelum menghantar ke pejabat.
Ilham... dalam pada suka membuli Najihah, lelaki itu memang sayangkan Najihah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tersedar ke mana hala kereta Najid, Najihah kembali memandang wajah lelaki itu. Hati yang belum pulih, kembali mendidih. Sudah dikatakan yang dia sudah bersarapan, masih juga Najid tidak mahu peduli. Tetap juga memberhentikan kereta di gerai yang biasa mereka sarapan pada hari Sabtu dan Ahad.
“Siapa kata nak makan?” tanya Najihah selepas Najid menarik break tangan.
“Najid yang nak makan. Kalau Jiha tak nak makan, Jiha tunggu ajelah dalam kereta. Tapi kunci kereta Najid nak ambik sebab Najid tak percayakan Jiha. Silap-silap Jiha pergi office, Najid terkulat-kulat kat gerai tu,” ujar Najid selamba. Memang dia tidak akan sesekali meninggalkan kunci keretanya bersama-sama Najihah di dalam. Dia tahu, Najihah tentu tidak akan teragak-agak meninggalkannya. Silap-silap, gadis itu akan melambaikan tangan sebagai ucapan selamat tinggal padanya.
Bukannya Najihah tidak pernah meninggalkannya begitu saja. Sudah beberapa kali walaupun dia tidak pernah meninggalkan gadis itu walaupun sekali. Tidak kiralah marah macam mana pun dia pada Najihah.
“Biar ajelah kunci tu kat situ. Takkanlah Jiha nak duduk dalam kereta yang tak ada air-cond? Panaslah!”
Sengihan Najid melebar. Wajahnya kelihatan nakal.
“Najid!”
“Alah... duduk dalam kereta yang tak ada air-cond sekejap, apalah salahnya. Jiha bukan puteri lilin pun. Tak ada cairnyalah...”
“Tinggalkan ajelah kunci tu. Jiha tak tinggalkan Najidlah. Jiha tunggu sampai Najid habis makan.” Najihah masih tidak mahu mengalah. Tapi kalau Najid meninggalkan kunci kereta padanya, dia sungguh-sungguh akan meninggalkan Najid. Biar Najid tahu tinggi rendahnya langit. Biar hari ini Najid pergi kerja menaiki teksi. Biarkan Najid lambat ke pejabat hari ini.
“Lagi Jiha cakap tak tinggalkan Najid, lagilah Najid tak percayakan Jiha.”
“Najid...” Menyedari berkeras tidak berjaya untuk saat ini, Najihah melunakkan nada suaranya sehabis lembut. Mana tahu nada yang lunak mampu melembutkan hati Najid, walaupun ketika mengeluarkan suara lunak itu, dia tidak ikhlas. Bahkan, ada pula rasa hendak meradang. Pada saat hatinya masih marahkan Najid, dia tidak ada hati mahu berlemah lembut dengan lelaki itu.
“Ya...” Najid sudah membuka pintu kereta, sudah meletakkan kakinya sebelah di luar.
“Tinggalkan kunci kat Jiha...”
Najid berpaling menatap wajah Najihah. Ada senyuman di bibirnya, walaupun sejak dari tadi dia langsung tidak melihat adanya senyuman di bibir Najihah. Bukannya dia tidak perasan nada suara Najihah yang lembut, dia sedar kerana Najihah memang begitu. Gadis itu selalu lunak dengannya jika ada sesuatu yang diinginkan daripadanya. Tapi hari ini dia tidak mahu mempedulikan suara lunak itu.
Bukannya dia pentingkan diri sendiri. Tidak. Dia hanya mahu mengajak Najihah bersarapan kerana perut gadis itu kosong. Bukan cara Najihah ke mana-mana tanpa mengisi perut pada waktu pagi. Selebihnya, dia mahu menjernihkan kekusutan yang ada. Itu pun jika memang wujud kekusutan antara mereka berdua. Hatinya selalu tidak sedap jika Najihah tidak mahu bercakap dengannya walaupun untuk tempoh tidak sampai dua jam. Apalagi, jika sampai mencecah tiga hari. Dia benar-benar tidak dapat menerimanya.
“Temankan Najid makan dulu.”
“Tapi Jiha tak nak makan, Jiha dah kenyang makan kat rumah tadi. Siapa yang suruh Najid tak sarapan kat rumah dulu.”
“Sebab Najid nak sarapan dekat sini dengan Jiha,” bohong Najid. Padahal, ketika Ilham menelefonnya tadi, dia baru saja mencicip minuman. Kalut suara Ilham yang menggesanya membuatkan dia terpaksa meninggalkan ayahnya di meja makan dengan hati membungkal sakit hati. Bukannya dia keberatan menolong Najihah. Tidak sama sekali kerana untuk Najihah dia selalu ada masa kerana Najihah pun selalu ada untuknya. Namun cara Ilham yang mendesak itulah yang membuatkan dia sakit hati. Bukannya ada apa sangat pun, bapa saudara Najihah itu saja yang suka kalut tidak menentu.
Mungkin, terlalu lama berkawan dengan Najihah menyebabkan bapa saudara Najihah itu melayannya sama seperti Ilham melayan Najihah, Langsung tidak ada bezanya.
“Jiha dan makanlah! Nak cakap bahasa apa lagi biar Najid faham ni? Orang tak nak makan, tetap juga nak paksa,” rungut Najihah sakit hati. Najid dan Ilham memang selalu menyakitkan hati.
Najid angkat kening. Nada suara Najihah yang tidak mesra alam memang sudah di maklumi. “Tak baik tau tipu. Kalau belum sarapan, cakap ajelah belum sarapan. Tak payahlah nak tambah dosa pagi-pagi macam ni.”
“Bila masa Jiha tipu?”
“Tadi tu.”
“Bila?” Terjegil biji mata Najihah. Meluat melihat wajah selamba Najid.
“Marah pagi-pagi pun tak elok nanti rezeki tak masuk.”
“Siapa kata tak masuk? Kalau dah namanya bayar gaji bulan, mestilah tiap-tiap bulan gaji masuk selagi tak kena berhenti kerja.”
Ikutkan hati mahu saja Najid melambakkan ketawa dengan jawapan Najihah yang bernada geram itu, tapi ditahan sedaya upaya. Bimbang makin kuat ketawanya, makin menanah hati Najihah. Sudahnya dia keluar dengan senyuman. Dia yakin, sebentar lagi Najihah pasti akan ikut.

No comments:
Post a Comment