- SELAMAT HARI LAHIR, DIK... -

Hem... hari ni genap 26 tahun adik bongsu saya hidup di atas muka bumi bertuah ini. Ketika dia lahir, saya baru berumur 6 tahun. Jadinya, kalau ditanya apa kenangan saya dengan dia ketika kecil, saya tak dapat ingat dengan jelas sebab ingatan saya bukannya setajam mata pedang. Yang saya tahu, saya masih nampak dia ketika kecil pakai baju warna purple dan kemudian lari lintang-pukang sebab tak nak kena ambil gambar. Mak Itam saya, adik abah saya pulak gigih berusaha sebab nak juga tangkap gambar dia yang berambut panjang, lurus lagi. Memang muka sebiji macam anak Jepun. Malangnya, sekeping pun Mak Itam saya tak kasi gambar tu. Sadisnya rasa!

Dan lagi, dia seorang adik yang nakal dalam senyap. Kalau tak, takkanlah bila Mak Andak saya sorokkan dia, dia tetap diam tak berbunyi-bunyi sedangkan kaum keluarga saya dah kecoh. Konon-kononnya adik saya dah hilang. Memang dari dulu sampai sekarang, tak ada lagi budak-budak kampung saya yang hilang. Hendaknya sampai bila-bila pun tak akan ada. Dan kalaulah adik saya betul-betul hilang, entah macam manalah keadaan kami sekeluarga. Huh... minta dijauhkan! Cumanya... entah apa motifnya adik mak saya bergurau ganas macam tu, saya sungguh-sungguhlah tak faham. Padahal dia nampak macam mana menggelabah biawaknya mak saya sebab tak dapat cari anak dia kat mana-mana. Memanglah perangai mak cik-mak cik saya susah nak dijangka, sampailah sekarang ni. Tapi sampai ke saat ini pun mereka masih rapat dengan saya. kami boleh aje berborak apa saja, walaupun terjumpa tengah jalan. Tapi kalau ada antara adik-beradik saya sikap macam Mak Andak saya tu, mahunya ada yang kena lempang laju-laju sampai lupa cara bergurau senda.

Rasa-rasanya, stop sampai sini dulu. Akhir-akhir ni kesibukan dan saya bagaikan tak dapat dipisahkan lagi. Untuk adik bongsu saya, HALMI WAHAB... SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-26 TAHUN. MOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, BERBAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN… SELALU ADA DALAM RAHMAT ALLAH.

P/S – Untuk HALMI WAHAB, jangan lupa ya janji nak belanja akak makan sampai kenyang tak ingat dunia. Akak tuntut sampai ke lubang cacing okey!

1 comment: