- RAYA AIDILFITRI YANG MAKIN KE PENGHUJUNG [2] -

September 14, 2012

Eh... Raya Aidilfitri 2012 memang dah makin ke penghujung. Lagi beberapa hari lagi, Syawal tahun ni akan jadi kenangan dan sejarah untuk kita semua. Mungkin kenangan raya kita tahun ni manis, mungkin juga sebaliknya. Tapi manis atau pahit, tetap juga hidup harus diteruskan. Kalau panjang umur, tahun-tahun hadapan kita akan sambut lagi yang dinamakan Hari Raya Aidilfitri. Mungkin nanti-nanti akan jadi lebih meriah, mungkin juga akan jadi lebih kelam sebab hidup ini

Kali ni saya tepek muka anak-anak buah saya seramai 9 orang. Kenapa saya tepek? Sebab... saya tak ada anak. Kalau ada, saya tak tepek muka budak-budak yang sangat nakal ni. Opsss... acah mak enon aje! Tak mungkin saya abaikan budak-budak ni sebab budak-budak ni dah bagi saya banyak kegembiraan dan kebahagiaan. Saya bukannya kacang lupakan kulit okey! Saya pun tak boleh kalau tak tengok muka budak-budak ni dalam jangka masa yang lama. Walaupun, budak-budak ni selalu juga sakitkan hati saya, buat darah saya naik dan lepas tu rasa nak lempang laju-laju. Macam aje, padahal... tak buat pun.

Sebenarnya, saya tepek gambar budak-budak ni sebab saya dah tangkap gambar ddia orang, maka saya tepeklah. Buat apa tangkap gambar kalau nak suruh duduk diam-diam dalam kamera. Saya selalu buat lawak kat budak-budak tu. Saya kata, "Biar Mak Tam tangkap gambar awak banyak-banyak. Nanti kalau awak jadi artis, senang. Ada gambar dari kecil. Tak macam Mak Tam, tak ada gambar dari baby. Cuma ada sekeping aje, itu pun ramai-ramai dan masa dah besar."

Jadi artis? Gila ke apa Mak Tam budak-budak ni? Taklah! Saya tak harapkan budak-budak tu terlibat dalam dunia glamour tu. Kalau nak jadi penulis macam saya, memanglah sangat dialu-alukan kerana jadi penulis ni okey juga walaupun ada jatuh bangunnya juga. Bukanlah maksud saya jadi artis tu tak baik, bukan macam tu. Bagi saya, setiap apa yang kita lakukan tentu ada kebaikan dan keburukannya. Cumanya, janganlah anak-anak buah saya menjurus ke arah itu kerana dunia artis saya lihat terlalu banyak cabaran. Tak pernah sunyi dengan cerita-cerita panas. Kalau tak kuat, mungkin akan hilang pertimbangan. Lebih daripada itu, saya tak rela tengok anak-anak buah saya disebut-sebut orang. Kalau untuk kebaikan, mungkin boleh diterima. Tapi kalau semua yang buruk-buruk, maunya saya yang pengsan sebab makan hati. Biarkan ajelah anak-anak buah orang lain yang jadi artis ya budak-budak ber-9...























KATA MAK CIK-MAK CIK BUDAK-BUDAK 9 ORANG NI - "Kalau dengan Kak Tam, budak-budak ni melawan sikit aje, kalau dengan kita orang, melawan banyak." Hoho... hati saya kembang setaman. Saya tau saya sedikit garang, tapi tangan saya jarang naik. Yang kuat hanya suara saya. Tapi suara yang tinggi tu tak buat dia orang marahkan saya balik. Saya juga tau... walaupun saya garang, mereka ber-9 selalu tertunggu-tunggu saya bailk. Selalu tanya-tanya pasal saya dan selalu nak pergi rumah saya. Sayang kamu 9 orang, banyak-banyak...

No comments:

Post a Comment