- ReZeKi RaMaDaN -

August 17, 2011

PEREMPUAN – Hai, nama saya Jehanna Aisya tapi kawan-kawan boleh panggil saya Jehan sebab dalam SEGALANYA UNTUKMU, saya digelar macam tu. Saya anak kepada Basir, adik kepada Haled Halmy dan kakak kepada Nina Aina. Dan yang lebih penting, saya isteri kepada Fahem Ammar. Saya seorang yang dingin, dingin pada abang saya dan dingin juga pada adik saya. Doktor kata saya trauma lepas kejadian umi saya ‘pergi’. Saya tak percayakan lelaki lepas apa yang berlaku pada umi saya, tapi bila Fahem datang... pandangan saya berubah. Fahem baik, sangat baik. Cumanya, Fahem dah buat saya rasa kecewa. Sangat kecewa sebab saya bukannya barang yang boleh dijual. Faham kata, “Macam sistem barter. Bagi duit dapat Jehan.” Saya tak boleh terima tu okey! Jadinya... saya mula memberontak. Salah saya ke bila rasa kecewa buat saya nak balas rasa sakit hati saya pada Fahem? Biar sama-sama sakit! Salah saya ke?

LELAKI – Hai juga, nama saya Fahem Ammar. Saya digelar Fahem dalam novel SEGALANYA UNTUKMU. Saya suami Jehanna Aisya. Mula-mula jumpa Jehan, saya tak suka dia. Saya rasa dia seorang yang sinis dan agak menjengkelkan. Bukan hanya pada saya tapi pada Haled Halmy, abang dia sendiri. Saya rasa dia tak pandai hormatkan orang lain, macam dia aje yang bagus. Tapi bila tengok dia selamatkan seorang budak lelaki daripada kemalangan, saya dapat rasa yang Jehan tu taklah sejahat yang saya sangka. Saya rasa dia jadi dingin macam tu tentu ada sebabnya. Dan entah kenapa, dalam saya tak sedar hati saya macam dah dicuri Jehan. Saya tak tahu nak dapatkan dia macam mana, jadi saya gunakan kuasa duit. Mana saya tahu kalau perbualan saya dengan Haled Halmy sampai ke telinga Jehan. Padahal... masa tu saya hanya bergurau dan Jehan yang tak tahu apa-apa, terus percaya. Jadinya... dia jatuhkan hukuman yang bagi Jehan ringan tapi bagi saya sangat berat. Saya cuba terangkan segala-galanya tapi Jehan tak pernah nak percaya. Dia langsung tak sedar kalau sikap dingin dia bagaikan hukuman maut untuk saya, sedangkan dia adalah nadi, nafas dan nyawa saya. Kalau tujuan dia nak buat saya rasa sakit, dia dah berjaya! Tapi saya nak tanya, salah ke kalau saya gunakan duit untuk memiliki Jehan sedangkan dalam hati saya memang ada cinta untuk dia?

Kawan-kawan... dua perenggan di atas bukannya sinopsis atau blurb untuk novel terbaru saya. Tidak dan tolong jangan terpedaya. Kalau masih ada yang terpedaya, bukan salah anak Pak Wahab ya. Itu hanyalah sesi perkenalan untuk watak utama dalam novel ke-4 saya iaitu SEGALANYA UNTUKMU. Novel SU tu terbit pada tahun 2008, bermakna tiga tahun lepas. Saya tahu ada yang dah dapatkan novel SU tu, terima kasih daun keladi, lain kali dapatkan novel saya yang lain sama. Yang masih belum dapatkan lagi, bolehlah dapatkan di kedai-kedai berhampiran dan saya akan menghargainya. Tak malukan penulis ni? Tak kisahlah! Saya tak paksa kan? Hanya... saya sangat mengalu-alukan dengan rasa gembira.

Kenapa saya nak cerita fasal SU ni? Kalau novel baru tak apa juga, ni novel yang dah lama. Bukanlah ada apa-apa sangat sebenarnya. Hanya... saya baru aje dapat naskhah SU yang menandakan kalau SU baru aje diulang cetak. Syukur.... saya sebenarnya tak jangka sebab SU dah agak berusia kan? Dah agak tua juga. Bila diulang cetak, tandanya masih dicari pembaca. Terima kasih ya kawan-kawan.

Dan SEGALANYA UNTUKMU, sebenarnya dalam banyak-banyak novel yang dah saya hasilkan, SU yang paling banyak tinggalkan kesan di hati saya. Bukannya novel lain tak tinggalkan kesan, ada dan selalu ada sebab semua novel yang saya hasilkan di mata dan hati saya, saya ulang ya, di mata dan hati saya, ada keistimewaan dan kisah tersendiri. Tapi entah kenapa, saya macam dapat merasakan kepedihan Jehanna Aisya yang hidupnya tak seindah orang lain lebih dibandingkan watak-watak lain. Saya juga bagaikan terasa kesedihan Fahem Ammar bila Jehanna Aisya hilang rasa percaya padanya. Kedua-dua watak itu memang sangat tinggalkan kesan di hati saya. Macam perasankan kedengarannya? Tapi biarlah, tak kisahlah! Itu hanya pendapat saya sebagai penulis dan pembaca mungkin ada pendapat yang lain. Apa pun, syukur pada ALLAH atas REZEKI RAMADAN yang diberi ni. Terima kasih tak terhingga pada yang sudah membeli, begitu juga yang bakal membeli... ;-)

7 comments:

  1. WC dah pernah bace cerita ni... memang best.. tahniah kak aleya...

    ReplyDelete
  2. suker... suker..suker dgn intro tu.. mabeles!!

    ReplyDelete
  3. setiap kali baca SU air mata pasti menitis, mengenangkn JA yg menyaksikn saat2 akhir arwah ibu nya... huhu...

    ReplyDelete
  4. : wild cherry - terima kasih ye...;-)

    : kak azie - hahaha...lawak je...

    : adela - ya, sy yg buat pun rasa kesian kt dia...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.....tahniak akak. Novel akak semua best2 sebab tu walaupun dah lama masih lagi pembaca cari

    ReplyDelete
  6. hai eiymah... terima kasih ya atas sokongan dn harap terus bagi sokongan kat akak ye...

    ReplyDelete
  7. salam kak...kalau nk diikutkan novel SU ni antara novel yg paling best dan seperti kata akak, novel yg terkesan di hati...alhamdulillah ezan dah dapatkan novel ni dan sedihnya ianya hilang dalam bas TRANSNASIONAL ok..(highlight lag perkataan tu..hehehe)
    disebabkan SU jgk..ezan tak ragu2 nak beli novel2 akak yg menyusul selepas itu..dan disebabkan SU jgk..ezan baru sedar kewujudan ALEYA ANEESA...novel2 akak yg sebelum2 tu mmg main beli je bila rasa cam best je...itu je la kot...hehehe..

    ReplyDelete