- JANGAN AMBIL PADANG KAMI -

July 6, 2012

Ya... kaki drama datang lagi. Sayalah tu! Kalau bukan saya, buat apa nak menulis kat sini kan? Dah sah-sahlah ni ‘rumah’ saya. Tentu aje nak bercerita fasal saya dan siapa-siapa atau apa-apa aje yang berkaitan dengan saya. Tapi sesekali, ada jugalah saya menconteng tentang orang lain yang langsung tak ada kaitan dengan saya. Kalau ada pertaliannya pun, saya sekadar pemerhati tegar.

Jangan Ambil Padang Kami [JAPK]... ini salah satu drama kegemaran saya. Apa yang ada pada drama ni? Kalau dilihat pada para pelakon, setakat Beto Kusyairy, Izreen, Elfira Loy, Naim Danial, Syazwan Zulkifli, Shera Ayob, Izzue Islam dan beberapa pelakon lain... apalah hebat sangat kan? Memanglah tak ada hebat mana pun. Lainlah kalau ada Aaron Aziz, Lisa Surihani, Maya Karin, Yana Samsudin, Shaheizy Sam dan yang lain-lain. Tapi... di mata saya, mereka tetap ada keistimewaan dengan cara mereka tersendiri. Tak perlu jadi orang lain kan untuk rasa diri istimewa? Cukup hanya jadi diri sendiri.

JAPK... hanya sebuah kisah biasa untuk orang dengan pakej yang juga biasa-biasa juga, macam saya juga. Bukan kisah golongan datuk-datin ataupun tengku-mak engku. Ia berkisar tentang perjuangan dan kisah hidup 7 sahabat [Zain, Nik, Arai, Murat, Mai, Juju dan Akmar] yang berusaha untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Sejak tahu tentang berita itu, mereka bertujuh sepakat mempertahankan padang tersebut. Sanggup juga turun naik pejabat Dewan Bandar raya Kuala Lumpur [DBKL] dan berjumpa sesiapa saja demi padang kesayangan mereka itu. Bagi mereka, padang itu hak mereka kerana mereka membesar di situ, walaupun hakikatnya mereka langsung tak berhak kerana tanah tersebut bukan milik mereka.

Mahukan tanah yang bukan milik kita, rasa-rasanya macam tak patut, kan? Dah sah-sah bukan hak kita! Tapi... agaknya kalau kita berada di tempat mereka pun kita akan merasakan perkara yang sama. Yalah, hari-hari bermain di padang yang sama tanpa ada gangguan, tiba-tiba aje dah tak boleh main. Kalau saya, saya pun marah walaupun saya sebenarnya tak layak pun untuk rasa marah.

Tapi itulah mereka bertiga. Saya sebagai penonton di luar TV, sejujurnya kagum dengan semangat mereka. Memanglah hanya sebuah cerita rekaan yang tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Tapi saya sukakan semangat dan usaha mereka. Mereka sanggup bermati-matian demi mempertahankan apa yang mereka mahu. Dalam pada itu, mereka jatuh kemudian bangkit kembali, kemudian jatuh bangkit lagi dan begitulah sampai ke sudah.

Kisah seorang demi seorang antara mereka bertujuh yang disentuh, buat perjalanan hidup mereka jadi lebih menarik. Setiap seorang daripada mereka, ada sikap dan kisah tersendiri. Mai dengan kisah sosialnya sebelum datang ke flat Seri Bayu, Arai dengan sikap suka berjudi dia, Akmar dengan perangai tomboi dia, Juju dengan sikap dan gayanya yang unik dan ala-ala gedik, Nik dengan minat yang terlalu mendalam dalam bidang bola sepak, Murat yang kecil-kecil cili padi dan Zain yang selalu tenang dan selalu memainkan peranan sebagai seorang ketua. Pendek kata, setiap mereka ada kisah lalu yang tersendiri. Tidak ketinggalan kisah penduduk yang lain, ada orang gila, ada pencuri baju dalam, bertenet di tempat sunyi dan macam-macam lagi. Malah dengan kisah tersebutlah hubungan mereka jadi lebih akrab.

Sepanjang menonton JAPK ni, saya ada masa-masanya rasa gembira sangat sampai tersenyum-senyum dengan aksi lucu mereka. Ada masa-masanya berkerut dahi sebab rasa pelik dan sangatlah tak patut apa yang dah mereka buat. Ada masa-masanya merungut-rungut sebab rasa tak puas hati. Lebih-lebih lagi dengan sikap ahli JKK flat yang merasakan perjuangan mereka bertujuh sangatlah tak berbaloi-baloi. Bahkan, ada macam-macam lagi reaksi yang dah saya pamerkan.

Bagi saya JAPK merupakan salah sebuah drama yang agak menarik kerana di dalamnya ada persahabatan, ada semangat perjuangan, ada persatuan yang menguji rasa tanggungjawab, soal kemiskinan, soal gejala sosial dan ada macam-macam lagi yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup kita. Dan kesimpulannya, kalau rasa apa yang dipaparkan boleh dijadikan panduan, capai, pegang, genggam erat-erat dan bertindaklah seperti mereka kalau itu untuk kebaikan. Kalau tak, pandang dan jangan jadi seperti mereka ;-)

2 comments:

  1. assalamualaikum :D

    saya juga merupakan peminant citer ni ha. tak mis langsung. nampak macam bese aja kan citer ni? tak payah pun nak pakai aaron aziz ke.. lisa surihani ke..

    suma yang diorang tunjuk dalam citer ni memang fenomena sebenar hidup di flat (wpun ada sesetengah pihak kata citer ni nak jatuhkan maruah orang yg duduk flat).

    7 sahabat ni wpun ada prob masing2, tapi bagus apa. setiap masalah ada penyelesaian. dan bukannya semua budak2 flat jahat. dorang jahat tak semestinya seumur hidup jadi jahat kan? ~ saya lebih suka pandang dari sisi persahabatan dari isu padang dorang tu. hee :)

    ReplyDelete
  2. salam...

    saya rasa cerita ni menarik. tak perlu kelihatan gah untuk menarik minat kita supaya terus menonton.

    apa yang dipaparkan memang realiti masyarakat hari ini. patutnya tak timbul soal jatuhkan maruah penduduk flat. sebaliknya, jadikan apa yang mereka pandang itu sebagai iktibar. tengok dari sudut positif, bkn negatif sebab klu pandang dari sudut yg negatif, maka... negatiflah jadinya... :-)

    ReplyDelete