Tak tahu idea Panggilan Hangit di Hot FM tu datang daripada siapa. Tapi terus terang kata, setiap hari memang saya sentiasa ketawa sorang-sorang dalam kereta sebab geli hati. Ada-ada aje idea Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG hendak mengenakan orang. Kadang-kadang tak adalah keterlaluan sangat, tapi kadang-kadang sangat keterlaluan sampai saya sendiri rasa tak sampai hati nak dengar.
Sekarang ni, diadakan Panggilan Hangit [Versus] yang dibuat antara mereka bertiga. Siapa yang dapat paling banyak ‘LIKE’, merekalah yang akan menang. Konsep tu saya tak berapa faham dan kalau tak faham pun, rasanya tak apa juga. Yang saya tahu, saya hanya mendengar semata-mata. Malah, ada masa-masanya mulut saya membebel-bebel juga mengutuk mereka bertiga. Macam manalah mereka boleh mempermainkan orang sampai macam tu sekali, saya sendiri tak tahu. Saya fikir, untuk buat panggilan-panggilan sebegitu, seseorang itu harus memiliki hati yang sangat-sangat kering. Kiranya, kalau ada ribut taufan atau Tsunami pun mereka tetap akan bertahan. Yang rasa-rasa ada hati serupa agar-agar, bawa-bawalah batalkan niat yang ada sebab korang tak akan berjaya. Termasuklah saya ni.
Tapi nak disalahkan mereka bertiga pun tak boleh juga. Mereka membuat panggilan berdasarkan permintaan. Maksudnya, hendak mengenakan Si A, maklumat didapatkan daripada Si B dan atas permintaan Si B juga. Jadinya, kalau Si A hendak marah atau mengamuk, marah atau mengamuklah pada Si B. Kalau ada rasa-rasa nak membelasah lepas dapat Panggilan Hangit tu, belasah ajelah Si B. Tak pun... lepas aje tahu korang dapat Panggilan Hangit, korang boleh aje terus memaki-hamun Fara Fauzana, Faizal Ismail atau AG tu. Mereka tentu tak akan balas maki-hamun korang tu. Mereka akan ketawa-ketawa macam yang selalu saya dengar.
Dan dalam banyak-banyak Panggilan Hangit yang saya dengar selama ni, Panggilan hangit semalam yang buat saya betul-betul tak sampai hati nak dengar. Pertama kali, saya terpaksa perlahankan volume radio kereta sebab tak sanggup nak dengar. Selama ni saya tak pernah peduli pun sebab bukannya saya yang terkena. Tapi semalam, memang saya tak sampai hati. Kisahnya tentang seorang tunang [perempuan] yang didapati mencuri perfume mahal. FBI telefon tunang perempuan tu untuk maklumkan tentang itu. Si lelaki yang rasa sedih dan terperanjat, cuba meyakinkan FBI supaya tak membawa kes kecurian tersebut ke pihak berkuasa. Saya lihat, dia berusaha sedaya mungkin cuba untuk menyelesaikan masalah yang datang dengan cara yang baik. Tentu dia lakukan itu kerana rasa sayangnya. Sampai satu tahap bila usahanya gagal, dia menitiskan air mata dan ketika tu saya memang dah tak boleh dengar lagi. Tapi satu pertanyaannya pada si perempuan yang saya ingat-ingat lupa, “Kalau tak ada duit, kenapa nak dapatkan perfume tu?”
Suara si lelaki tu kedengaran tenang aje. Langsung tak marah-marah macam sesetengah orang bila permintaannya yang berbaur rayuan itu seperti tak dilayan. Saya fikir, dia seorang yang sangat penyabar. Kalau tak, takkanlah dia tak marah-marah kan? Nak memaki-hamun jauh sekali. Adoilah... kadang-kadang saya fikir Panggilan Hangit tu patut dihentikan walaupun saya selalu ketawa bila mendengar. Sebabnya, macam memalukan pun ada juga, menyakitkan hati pun ya juga. Tapi... nak disalahkan siapa bila suatu ketika Hot FM pernah berniat untuk menghentikan Panggilan Hangit tu, sedangkan pendengar bermati-matian mahu dikekalkan. Jadinya, nak buat macam mana kan? Layan ajelah kot. Cumanya... kalau boleh dihentikan, hentikan ajelah... kesianlah! ;-)

akk, saya dengar yang tu..last friday kalau tak silap...dengar pun masa balik kerja sebab yang tu dapat like terbanyak...ya tuhan, saya yang memang kurang gemar panggilan hangit maybe akan off kan lah radio bila segment tu ..kesian sangat sangat dengan tunang dia, can you imagine, you seriously wanna solve the problem even you da tau you di pihak yang salah, then suddenly people said "anda terkena panggilan hangit"... oh la la.. pencarutan-bahasa confirm akan keluar dari mulut..
ReplyDeletep/s : eh, selama ni pi dgr hot.fm klu johara cuti je pun :D
ya, minggu lepas punya tapi akak baru dapat dengar pagi semalam masa nak pergi kerja. kesian sangat-sangat, sedih pun ia juga. kalau akak jd si lelaki tu, agaknya akak akan mengamuk pd tunang dia walaupun pada akhirnya si perempuan kata ' i love you'. tak ada cara lain ke nak buat lawak? sabar ajelah...
ReplyDeletesedihnya. jarang dengar panggilan hangit kak. dulu je waktu masih study.huhu
ReplyDelete: KIRA KEKURI - mintak dijauhkan kte kena mcm org2 yg dah terkena. kalau kena juga, mau putus kawan, hahaha...
ReplyDeleteMcm NE nk buat eekkk.. Nk kne kn someone ni... Hehehe
ReplyDelete