Untuk yang tak tahu, tak pernah tahu dan terasa nak tahu serba sedikit tentang novel TERUS CINTAI AKU [TCA]. Bolehlah meluangkan sedikit masa untuk membaca biodata TCA. Jangan risau, tak akan rugi masa korang sebab yang saya tulis pendek-pendek aje. Harap-harap adalah yang terasa nak baca TCA lepas tengok cara saya bercerita ni ya. Hahaha, dah lama rasanya tak memerah santan. Hari ni jadi teringin pula, ;-)
Nama : TERUS CINTAI AKU
Nama Yang Menaip : ALEYA ANEESA
Tarikh Lahir : 20 MAC 2012
Umur Setakat Hari Ini : HAMPIR 5 BULAN
Asal : KUALA LUMPUR
Bilangan Dalam Keluarga : ANAK BONGSU DARIPADA 9 ADIK-BERADIK [ALAF 21]
Nama Watak Utama : ZALIS NAJWA & KHILFIE
Komen : ADA POSITIF & ADA JUGA NEGATIF
Apa Yang Ada : ADA RASA CINTA, ADA SEDIH & AIR MATA, ADA SENYUM & KETAWA, ADA HUBUNGAN KEKELUARGAAN & KEMASYARAKATAN, ADA PENGAJARAN & HIBURAN, ADA REALITI & FANTASI, ADA HARAPAN & IMPIAN
Harapan Yang Menaip : MOGA DITERIMA OLEH SEMUA
Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.
Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.
Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

on the way reading ;)
ReplyDeleteterima kasih ya ivana... :-)
ReplyDeletesy da selamat hbis baca novel ni.name zalis.khilfie dan abang2 zalis mmg unik..
ReplyDeleteterima kasih ya sudi baca. nanti-nanti baca lagi ya... :-)
ReplyDeletepuas hati membaca novel ini... suka! teruskan berkarya kerana saya tak pernah tak membaca karya Aleya aneasa
ReplyDeleteterima kasih brinz sebab baca, harap-harap nanti cuba baca yang lain sama ya, ;-)
ReplyDeletesaya dah baca semua novel karya Aleya Aneesa dan semuanya memberi kepuasan kpd saya... sekarang menunggu karya yang terbaru.
ReplyDelete