- 15 MINIT DARIPADA SEKARANG! -

April 25, 2012

Selepas lebih setahun, hari ni baru betul-betul ada kat TV1. Beberapa minggu lalu, segmen TAMU KITA dah tersiar di TV1. Tapi... saya hanya mampu pandang selama beberapa saat sebelum ambil keputusan padamkan sebab saya rasa malu tengok muka sendiri kat skrin. Dan hari ni, untuk segmen DARI RAK BUKU pula. Dalam segmen ni, novel TANPAMU AKU RINDU yang dikupas. Tak banyak mana, tapi memang agak sukar juga nak menyudahkannya sebab saya asyik nak ketawa. Kepada yang berpeluang tengok, selamat menonton dan kalau ada yang terasa tak kena, diam-diam aje okey! Saya sendiri, dah tentu tak tengok sebab sekarang ni saya masih ada di pejabat, meneruskan rutin yang makin lama terasa makin menyerabutkan kepala. Kalaulah saya banyak duit, tentu dah lama saya... ;-)

4 comments: