Hoho... tentunya bagi peminat buku yang sanggup tak makan, tak tidur dan tak mandi [termasuk saya] menunggu-nunggu detik ini. Detik di mana berkumpulnya penerbit buku yang ada di seluruh Malaysia di bawah satu bumbung PWTC pada tarikh yang sama iaitu 27 April – 6 Mei 2012.
Seperti tahun-tahun lepas, tahun ni saya dipanggil sekali lagi untuk bertugas oleh Alaf 21 [Karangkraf]. Cuma kali ni saya hanya bertugas untuk SATU HARI dan untuk SATU SESI aje, iaitu pada 6 MEI 2012. Kalau tak ada aral, mungkin seawal 10.00 PAGI saya akan ada di sana dan mungkin tengah hari atau petang, sesi saya akan berakhir untuk memberikan peluang kepada kawan-kawan yang lain pulak.
Tapi untuk DBP pula, Bahagian saya ada dua acara yang harus dijayakan dan bermakna saya juga terlibat dan diwajibkan hadir. Antaranya,
1 - “SEPETANG BERSAMA SASTERAWAN NEGARA KE-11 DATO’ DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH (KEMALA)” pada 3 Mei 2012 (Khamis), 3.45 petang bertempat di Pentas Legar Putera Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
2 - “SEJAM BERSAMA PENERIMA S.E.A WRITE AWARD TUAN SYED MOHD ZAKIR SYED OTHMAN (S.M. ZAKIR)” pada 5 Mei 2012 (Sabtu), 2.45 petang bertempat di Pentas Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Untuk kali ni, saya disuruh menjadi pengurus projek untuk acara kedua. Kerana saya tak pernah lagi memegang tugas seberat itu, maka bila dilantik, terasa seperti ada batu besar duduk diam di atas bahu saya. Mujur juga kami satu Bahagian saling berganding bahu dalam menyiapkan kerja yang ada. Kalau tak ada mereka dan saya harus melakukan kerja sendiri-sendiri, memang tak mustahil ada yang meraung tiga hari tiga malam.
Jadinya, di kesempatan ini saya mahu mengundang sesiapa saja yang berkelapangan dan berminat untuk hadir ke acara tersebut. Siapa tahu ada banyak ilmu yang boleh dikutip dalam acara selama 1 jam itu. Selebihnya, bukannya selalu acara sebegini diadakan, agak rugi kalau peluang yang ada tak digunakan dengan sebaik-baiknya. Kan?
Dan menjelang aje PBAKL, saya sekali lagi terkenang kepada PAK CIK baik hati yang pernah membantu saya 6 tahun lalu. Di mana dan apa pun yang PAK CIK baik hati tu buat, saya mengharapkan rahmat ALLAH selalu ada untuk dia.

No comments:
Post a Comment