- ADA APA DENGAN KASIH ANTARA KITA? -

April 4, 2012

Ada apa dengan Kasih Antara Kita? Hem... itu tajuk N3 saya hari ni. Kenapa saya tiba-tiba nak menulis N3 ni, saya sendiri tak pasti. Cuma saya terasa nak menconteng sesuatu tentang KAK. KAK ya kawan-kawan, bukan CBE sebab dengan jari-jemari saya yang tengah rancak menari atas keyboard ni jugalah saya memulakan KAK hingga titik terakhir. Pendek kata, saya dan KAK memang sangat sebati sama seperti novel-novel saya yang lain juga.

KAK kini dah berusia 6 tahun sebab terbit tahun 2006. Tapi sebetulnya, KAK saya buat lebih awal daripada itu. Mungkin tahun 2005, ketika saya jadi penjaga kaunter di MPJBT sehingga dimaki orang [sampai hati orang tu], atau mungkin juga tahun 2004, ketika zaman saya tanam anggur di rumah abah. Saya dah tak berapa nak ingat sebab ada beberapa buah manuskrip novel yang berjaya saya selesaikan sebaik saja habis belajar di UPM. Itu pun sebab dengan selambanya saya kata kat mak saya dengan ayat macam ni, “Ami tak nak kerja setahun”. Dan mak saya balas, “Ikut sukalah”. Dalam hati saat ni, saya kata pula, ‘Terima kasih mak sebab tak pernah paksa dan sekarang KAK dah melangkah setapak lagi ke hadapan. CBE mungkin skripnya ditulis orang lain, tapi KAK... pasti untuk mak yang selalu memahami. Mak yang tarik tangan Ami masa Ami nekad nak berhenti menulis lepas patah hati dengan novel pertama’. Hahaha... awak sangat cengeng masa tu Marwati Wahab/ Aleya Aneesa.

KAK saya wujudkan bukan untuk ‘MEMBENARKAN YANG SALAH’. Tidak! Itu bukan tujuan saya kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Siapa saya nak mengubah kenyataan itu. Hanya mahu MENGINGATKAN diri saya dan juga orang di luar sana, betapa masa remaja yang datangnya hanya sekali tidak harus diwarnakan dengan kemeriahan yang melampaui batas tanpa kenal noda dan dosa. Tapi kalau tetap langkah yang diatur tersasar, belajar untuk bertanggungjawab dan mengakui kesalahan yang dibuat. Bukannya hanya lepas tangan dan buat-buat lupa atau mempamerkan wajah tak bersalah. Memanglah malu mengaku silap sendiri, tapi lebih memalukan kalau kita buat-buat tidak bersalah sedangkan kita sendiri tahu kita bersalah, kemudian tanpa pengetahuan sesiapa, kita berperang pula dengan diri sendiri kerana kita tentu lebih tahu siapa kita dan apa yang dah kita buat melebihi orang yang ada di sekeliling kita. Bagi saya, tak ada yang lebih menyakitkan daripada berperang dengan perasaan sendiri.

Lebih daripada itu, yang nak saya tekankan betapa kasih sayang adik-beradik itu nilainya sangat tinggi. Saya percaya, macam mana marah atau bencinya kita pada adik-beradik kita, jauh di sudut hati tentu ada rasa sayang yang cuba kita sorokkan. Sakit hati macam mana pun kita pada adik-beradik kita, jauh di sudut hati kita, kita akan ikut rasa sakit jika mereka disakiti. Ikatan adik-beradik itu ibarat carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Cuba pisahkan macam mana pun, lama-lama tentu akan berbaik juga.

Macam yang saya tulis dalam KAK dalam ruangan tinta penulis, saya memang tak mengharapkan banyak daripada KAK, hanya mahu diri sendiri dan pembaca menjadikan apa yang berlaku daripada kisah yang dah saya paparkan sebagai iktibar dan pengajaran. Bahkan saya tak pernah bermimpi atau menyimpan impian yang satu hari nanti KAK akan diterbitkan dalam bentuk yang lain. Tapi rezeki ALLAH siapa yang tahu. KAK akhirnya muncul di skrin TV dengan judul CBE. Saya memang bersyukur dengan rezeki yang tak diduga.

Dan sebenarnya KAK lebih saya tujukan pada anak-anak buah saya yang ketika itu berjumlah 3 orang dan kini dah menjangkau 9 orang. Jadinya, saya anggap dedikasi itu bersambung bukan hanya untuk Nurul Husna [Kakak], Nurul Hannah [Adik] dan Danish Hakim [Danish] aje, tapi juga untuk Mohammad Aqqif Najmie [Aqqif/ Jimmy], Mohammad Naqib Zakwan [Naqib/ Wawan], Arissa Izzayani [Arissa], Muhammad Haffiy Darwisy [Awish], Nur Khalysha Humaira [Umi] dan Qiesya Nur Qasrina [Manja]. Ingatan saya untuk mereka dalam KAK, “Fahami hakikat hidup ini yang belum kalian terokai sepenuhnya. Hendaknya kelak bila dugaan menimpa, bersabar dan tabahlah.” Mungkin sekarang ini mereka masih kecil, tapi... satu hari nanti mereka akan jadi remaja dan kemudian dewasa. Mereka akan faham bahawa hidup ini tak begitu mudah, tapi tak juga sukar kalau mereka sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, ;-)

4 comments:

  1. kak Aleya, jujur saya cakap saya memang suka gila dengan novel KAK. Novel favourite walaupun dah berusia 6 tahun tapi sentiasa lekat dalam hati dan ingatan saya. Novel ni saban waktu saya baca sejak 6 tahun yg lepas. X pernah jemu. dan tiap kali saya baca air mata saya pasti menitis. cerita yang lain dari lain. Cerita sebuah pengorbanan yang tak semua orang mampu lakukan. Walaupun versi drama banyak sanagt perubahan saya tetap menonton kerana sokongan saya pada akak dan novel KAK. Tahniah akak!

    ReplyDelete
  2. Bermula dengan semusim rindu, Akak dah terpikat dengan cara penulisan Aleya. Bila KAK "published", Akak susah nak dapatkan buku tu, sebab masa tu tak banyak kedai buku yang jual novel dari Malaysia. Nak p JB tak tau jalandan tak ada kawan yang kaki novel, terpaksa pinjam dari perpustakaan. Kena tunggu giliran pula, penat juga tunggu.

    To date my all time favourite novel. Entahlah akak rasa macam yang lain tu biasa2 aja. Ataupun akak selalu sangat buat perbandingan dengan KAK. Well anyway continue with your writing and I will always look -out for your novel in the stores.

    ReplyDelete
  3. Bermula dengan semusim rindu, Akak dah terpikat dengan cara penulisan Aleya. Bila KAK "published", Akak susah nak dapatkan buku tu, sebab masa tu tak banyak kedai buku yang jual novel dari Malaysia. Nak p JB tak tau jalandan tak ada kawan yang kaki novel, terpaksa pinjam dari perpustakaan. Kena tunggu giliran pula, penat juga tunggu.

    To date my all time favourite novel. Entahlah akak rasa macam yang lain tu biasa2 aja. Ataupun akak selalu sangat buat perbandingan dengan KAK. Well anyway continue with your writing and I will always look -out for your novel in the stores.

    ReplyDelete
  4. : imah - terima kasih sangat sebab sudi sokong akak, org-org mcm imahlah yang buat semangat akak utk terus menulis terus ada, ;-)

    : sariah - terima kasih kak sebab sudi baca karya-karya saya. mmg agak ramai yg sukakan KAK tu dan sy sendiri, nk lawan dengan nvl tu mcm agak sukar. tp... sampai ke hari ni saya sentiasa cuba berusaha buat yg terbaik utk pembaca yg selalu ada kat belakang saya, ;-)

    ReplyDelete