..

Pages

April 6, 2012

- KAMI ADA DI SANA TAU... -

Bagi sesiapa yang ada kelapangan dan terasa nak berjumpa dengan saya dan Damya Hanna, tak kiralah beli novel atau tak, bergambar atau tak, nak dapatkan tandatangan atau pun tak, nak berborak-borak kosong, atau... saja aje datang sebab nak pandang-pandang jeling-jeling, bolehlah ke The Curve pada hari esok bersamaan dengan 7 April 2012 di Borders pada pukul 3.00 - 5.00 petang. Kalau datang semata-mata nak senyum-senyum pun boleh aje, tak kena tangkap dan saya sangat berbesar hati. Tapi... kalau tak sempat atau tak boleh datang esok, boleh juga datang pada...

Hari Ahad bersamaan dengan 8 April 2012 atau dalam erti kata lain lusa sebab saya dan Damya Hanna juga akan berada di Kedai Buku Sinar yang bertempat di Kuala Selangor dari pukul 4.00 petang sampailah 7.00 malam. Sebenarnya... saya tak tahu kat mana tu, tapi redah ajelah sebab dah berjanji nak datang. Harap-harapnya, semua akan berjalan dengan lancar. Jumpa di sana ya... ;-)