- SAHAM DR. ARIL FATAH, JATUH KEDEBUK! -

April 24, 2012

DRAMA CINTA BUAT EMELDA [CBE], episod 17 dah pun selesai semalam. Hari ni, akan masuk episod 18 pulak. Hem... macam mana dengan episod semalam? Sakit hati tak? Sakit jiwa tak? Marah tak? Geram tak? Rasa tak nak tengok CBE lagi sebab menyampah? Atau... ada tak rasa-rasa macam nak lempang balik muka Aril Fatah lepas dia lempang muka Emelda?

Kalau ada perasaan macam tu, sila pendamkan dalam hati kejap-kejap. Tak pun, sila balas rasa sakit hati tu dalam mimpi semata-mata sebab saya tak berharap ada yang datang di hadapan Fizo Omar dan menghadiahkan dia hadiah yang paling tak best dalam dunia. Mana ada orang suka kena lempang, bukan? Silap-silap, baru nak angkat tangan, tangan Fizo dulu yang sampai ke muka. Lagipun... itukan hanya sebuah drama, drama yang diadaptasi daripada novel KASIH ANTARA KITA [KAK].

Kan, saya dah tulis dalam N3 semalam yang dalam episod 17, kebenaran bakal terungkap? Kebenaran yang Emelda bukannya perempuan yang Aril jumpa 7 tahun lepas dan seterusnya bukan ibu kandung kepada Dania. Nampak jahat kan Aril semalam? Dan... saya yakin dan sangat pasti ada yang rasa menyampah dengan Aril selepas episod semalam. Yalah, kalau dalam episod-episod sebelum ni, pada awalnya Aril nampak macam serabut sebab dibebani dengan rasa bersalah dia, kemudian bila Emelda setuju terima dia, jelas kelihatan air muka dia yang ceria dan sentiasa tersenyum. Dan kita sebagai penonton, tengok dia senyum, terasa nak senyum juga. Cumanya... lepas semalam, mesti ada juga yang rasa tak nak senyum bila tengok dia. Betul tak?

Melalui komen-komen yang saya baca di FB malam tadi, ramai yang marahkan Aril, tak setuju dengan tindakan dia. Bahkan, ada juga yang terasa sakit sama bila tengok scene kejam tu. Saya senyum aje bila baca komen-komen tu sebab masa KAK keluar dulu pun saya dah terima komen-komen macam tu. Malah, rasanya saya kena lebih teruk lagi sebab Dr. Aril Fatah dalam KAK jauh lebih teruk dibandingkan Dr. Aril Fatah dalam CBE. Dalam KAK, Aril lebih sukar diramal sikap dan sifatnya. Kadang-kadang dia okey, kadang-kadang dia tak okey. Dia sakit hati, dia lepaskan rasa sakit hati dia pada Emelda, sampai pembaca pun jadi sakit hati sama. Pendek kata, dia memang mampu buat orang jatuh cinta, tapi dalam masa yang sama meluat macam nak rak kat dia.

Ada yang tanya, kenapa sampai lempang? Kenapa tak bawak berbincang? Macam mana nak jawab ya? Bila ada adegan macam tu, bukan bermakna saya sukakan keganasan. Tidak dan tidak akan! Saya dibesarkan tanpa keganasan, kalau kena cubit sikit-sikit tu biasalah sebab saya sangat-sangat nakal masa kecil. Itu pun yang mencubit hanya mak saya, sedangkan abah saya kekal maintain dengan sikap cool dia. Makanya, saya tak perlukan bidang penulisan sebagai medium untuk membalas dendam kerana masa silam yang saya lalui. Tak ada apa yang nak balas kalau semuanya kelihatan indah.

Cumanya, saya percaya secara realitinya... dalam dunia ini, bukan semua manusia mampu menghadapi apa pun juga situasi yang datang dengan tenang. Kalau semuanya cool, datang daripada mana perkataan panas baran? Penjara pula, kena ada ke kalau semua manusia ada sikap yang terpuji? Kalau semua boleh dibuat berbincang, samseng atau gengster akan ada ke? Dan Aril... dia bukanlah manusia yang terlalu sempurna. Sebab tu dia buat salah 7 tahun dulu. Tapi... dia menyesal dengan apa yang dah dia buat hingga sanggup bertanggungjawab terhadap perbuatan tu. Dia tolak semua yang dia ada atas sebab salah yang dia buat, termasuk cinta hatinya, Si Zalida yang sangat comel dalam CBE. Sayangnya, bila dia sedar yang dia bertanggungjawab pada orang yang salah, dia rasa tertipu, dia rasa marah, dia rasa tak berbaloi dan selebihnya dia keliru dengan apa yang dah pun terjadi.

Kalau kita di tempat dia, tak marah ke kita? Tak geram ke kita? Atau... tak kecewa ke kita? Mesti marah dan kecewa walaupun taklah sampai ke tahap angkat tangan. Kalau ada yang kata tak kisah atau tak rasa apa-apa lepas sedar diri ditipu, saya tak tau nak kata apa. Hanya yang saya tahu, tipu orang tak sesukar tipu diri sendiri. Sedangkan kenyataannya, ditipu sikit pun kita rasa sakit, apalagi kalau sampai melibatkan soal hidup dan kehidupan panjang yang harus dijalani jika panjang umur.

Memanglah semua perkara dalam dunia ni boleh dibawa berbincang. Tapi soalnya, berapa orang yang boleh dibuat berbincang pada saat hati tengah marah? Berapa orang boleh terus berlagak profesional pada saat marah dan sakit hati merasuk diri? Untuk itu, kalau ada orang yang marah dengan kita dan kita sedar ada salah yang dah kita buat, jangan disapa atau ditanya sehingga kita yakin orang tu dah cool, bimbang kita pun kena lempang sama macam Emelda nanti. Dan saya juga berharap, tak akan ada perempuan dalam dunia ni yang disakit lelaki, lebih-lebih lagi perempuan yang bergelar isteri sebab "PEREMPUAN DIJADIKAN DARI TULANG RUSUK LELAKI BUKAN UNTUK DISAKIT TAPI UNTUK DISAYANGI". Apa pun... mari kita sama-sama ikuti episod 18 hari ni, mana tau hati yang geram dan marah bakal terpujuk petang ni, ;-)

PESANAN PENUH KASIH SAYANG - Gambar tu saya pinjam daripada [DI SINI], Page CINTA BUAT EMELDA. Boleh aje kalau nak like dan kemudian tanya atau komen apa-apa yang patut sebab dia orang yang buat CBE tu... ;-)

10 comments:

  1. sedih la episod semalam.. sob sob sob

    ReplyDelete
  2. geram gak akaka tgk scene smlm...nak lebih kaw...time aril angkap tgn..emelda tahan n tampar dia balik..he3...(jgn marah akak)
    reason: 1.sentuh dia, coz da jnji..
    2. sbb buat amira mengandung

    ReplyDelete
  3. AMALINA - ya, mmg sedih klu dh sampai mcm tu... ;-)

    ReplyDelete
  4. NYUE - jangan risau, akak x marah pun. mana ada best kena lempang. klu akak pun akak marah. tp tulah mcm akak tulis, bukan semua org penyabar dlm dunia ni, walaupun dah jelas-jelas salah sendiri. kan?

    ReplyDelete
  5. Wah kah kah kah weh pertama kali akak jumpa aleya kat book fair nak minta kebenaran t/t novel-novel dlm koleksi akak termasuk novel terbitan publisher lain....
    Akak tanyer napelah dlm cerita awak ni perempuan asyik kena tangan je.. lain kali buatlah laki yg kena tangan dgn perempuan.....

    ReplyDelete
  6. Blh sya tau tak CBE nie brpa episode ye..??hehehehe

    ReplyDelete
  7. Blh sya tau, CBE nie brpa episode ye...??heheheh

    ReplyDelete
  8. KAK NOOR - sy ingat yg tu sampai sekarang kak, tp... drpd teguran tu, sy belajar utk ubah banyak benda. mana ada dh org jahat mcm si aril fatah dlm nvl sy lepas tu, yg ada hero berlagak, cool dn sewaktu dengannya, hehehe. terima kasih ya... ;-)

    ReplyDelete
  9. ZIAH90 - ada 24 episod, ada lagi 7 aje...

    ReplyDelete
  10. dlm dunia sebenar memang ada yg main lempang2 ni... terutamanya bila dh naik marah... ada je banyak melambak dlm surat khabar... tpi nasib emelda baik sbb aril n dia terima kebahagiaan ~hepi ending ever after...
    masa baca KAK form 4 dlu, siap meleleh air mata masa Aril lempang emelda. lagi2 masa emelda mengandung anak aril. boleh pulak aril terhegeh2 kat pempuan lain walhal isteri sendiri dibiarkan. wlupun geram, saket ati, sedih, terasa pedih, tpi impaknya cukup mendalam... smpai skarang ingat cerita KAK walaupun dh bertahun2...
    oh, drama CBE rin x tengok. takut kecewa sbb rin ada imaginasi sndiri tentang KAK.. :D

    ReplyDelete