Tak pasti kenapa, tapi akhir-akhir ni memang sering terasa macam ada orang main pingpong di kepala. Kejap boleh dipukul ke kanan, kejap dipukul ke kiri dan kesudahannya tak ada sesiapa pun yang menang. Permainan pingpong tu benar-benar berakhir lepas saya menelan sebiji pil sakit kepala. Memang teruk betullah yang bermain pingpong kat kepala saya tu. Langsung tak simpati pada saya yang tak ada buat apa-apa kesalahan.
Memanglah sejak kebelakangan ni hidup saya huru-hara sikit sampai-sampai selera makan macam tak ada, badan pun rasa sakit-sakit aje. Tapi... bukanlah sakit teruk mana sangat pun, sakit sikit aje. Kata orang macam kena gigit dengan semut. Hanya yang leganya, setiap kali bangun pagi tak pula ada rasa malas nak pergi kerja macam beberapa waktu dulu.
Entahlah, minggu ni memang minggu huru-hara sikit. Mana tidaknya, saya memulakan hari Isnin dengan mood yang tak berapa best, maklumlah... hari Isnin, kan jarang ada yang berkobar-kobar sebab masih dicengkam cuti Sabtu dan Ahad. Bahkan saya sendiri selalu kata kat diri sendiri, “Kan bagus kalau hari bekerja cuma empat hari dan tiga hari lagi tu cuti”. Berangan kan? Tapi... tak apalah, berangan mana ada kena bayar pun. Sesekali saya nak menyedapkan hati sendiri, takkanlah itu pun nak dihalangkan?
Okey berbalik pada hari Isnin, dengan mood tak best, saya keluar rumah. Tekan alarm kereta terasa macam ada yang tak kena. Kalau selalu bunyi alarm kuat, hari tu perlahan aje. “Sudah! Apa lagi yang tak kena dengan kereta ni?” Itu yang saya tanyakan bila dah duduk dalam kereta. Saya lock pintu dan start enjin, malangnya... tak mahu hidup dan lock pada pintu terbuka secara automatik. Saya dah makin panik, bimbang ada yang tak kena. Saya start lagi dan, alhamdulillah boleh. Saya pun mula bergerak ke pejabat dengan harapan tak ada apa yang berlaku pada kereta. Tapi bila balik, sekali lagi perkara yang sama berlaku. Hati saya kata, “Kalau nak buat hal pun biarlah sampai di bengkel kereta dulu”. Mujur lepas beberapa kali percubaan, kereta kembali ok.
Di bengkel, bateri problem dan kena tukar. Mulanya saya teragak-agak, tapi bila telefon abang saya, dia suruh tukar sebab dia kata dah lama juga tak tukar. Saya pun ikut aje dan dengan minyak brake sekali saya tukar sebab dah patut ditukar bila warnanya dah tak macam asal. Pukul 6.00 petang, segala-galanya selesai dan saya kembali boleh bernafas dengan lega.
Selasa pula, ada yang tak kena dengan hati saya. Mengenangkan tugas yang ter hempuk di bahu, saya rasa tension sangat. Bila kita tak ikhlas, semuanya serba tak sempurna. Badan dalam bilik meeting, hati saya dah lama melompat ke luar sebab saya rasa sesak dengan tanggungjawab yang diberi.
Rabu, rasa tension dah bertukar jadi stress yang seperti tak dapat dikawal. Meeting lagi, lagi dan lagi. Kemudian jumpa penulis, cuba memahamkan apa yang patut difahami dan ternyata yang nak difahamkan seperti pula tak mahu memahami. Stress jadi berganda-ganda dan kesudahannya, saya terasa semuanya kosong dan tak berseri lagi. Kepala kembali berdenyut-denyut dan dahi macam dicengakam-cengkam. Hati berdetik lagi, “Kalau aku kaya, memang dah lama aku pencen”. Tapi sekali lagi berangan, sedangkan kemampuan tak cukup dan saya ada berpuluh-puluh tahun lagi untuk sampai ke hari pencen. Itu pun... kalau umur saya panjang.
Khamis, rasa tension yang disatukan dengan stress yang melampau, akhirnya pergi juga. Entah keajaiban apa yang ALLAH berikan, saya tak tahu tapi saya sangat bersyukur sebab saya rasa lebih tenang dan damai. Masih buat kerja seperti hari sebelumnya, tapi memang tak ada langsung rasa nak marah-marah dan mengamuk macam si ibu singa. Benarlah... bila kita berdoa, ALLAH tentu akan mendengar doa kita. Dan doa saya semalam “Ikhlaskanlah saya, buangkanlah rasa terbeban yang saya rasa.” Sampai ke saat nak balik kerja dan walaupun ada yang merungut-rungut dengan kerja yang diberikan, saya tetap juga mampu senyum dan ketawa. Harap-harap untuk majlis 3 Mei 2012 dan 5 Mei 2012 di PWTC nanti, segala-galanya berjalan dengan lancar. Biarlah segala penat lelah saya dan kawan-kawan berbaloi-baloi, ;-)

No comments:
Post a Comment