- AKU MAHU KAMU! YA, ITU... NOVEL SAYA -

April 17, 2012

Akhir-akhir ni, mungkin sejak CINTA BUAT EMELDA [CBE] ditayangkan di TV, saya sering aje dapat email daripada pembaca. Ada yang email nak beli novel KASIH ANTARA KITA, ada yang hantar email sekadar berkisah tentang CBE tu. Ada yang email hanya ingin mengenali saya dan dunia penulisan saya. Bahkan ada juga yang email cuma untuk menyatakan pada saya tentang kesamaan dan ketaksamaan CBE dengan KAK.

Semua email tersebut saya balas seadanya. Tapi kalau ada yang saya terlepas pandang, harap dimaafkan ya sebab saya tak sempurna. Kadang-kadang dalam pada tak nak buat silap, ada-ada-ada aje silap yang dah saya buat. Manusia buat silap, biasakan? Kalau tak pernah buat silap sejak lahir lagi, itu barulah boleh digelar luar biasa sebab yang dinamakan manusia itu mana pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.

Tapi dalam banyak-banyak email, ada juga yang bertanya soalan yang langsung saya tak jangka. Katanya, “Novel AKU MAHU KAMU [AMK] tu karya awak ke?” Aduhai... terkedu sesaat saya dengan soalan tu sebelum ada rasa-rasa macam nak pengsan [bombastiknya] sebab terkejut gila. Yalah... novel tu novel ke-6 saya dan terbit pada tahun 2010, sebelum novel TANPAMU AKU RINDU dan sesudah novel HANYA DIA TAHU [HDT]. Malah, yang bertanya tu pula tak pernah tak beli novel-novel saya sebelum ni.

Bila ada yang tak tahu kewujudan novel tu, rasa sedih sangat sampai terasa macam nak nangis guling-guling. Penat saya buat novel tu, tapi orang tak tahu. Hehehe... tipu aje, takkanlah saya emo sampai tahap tu kan? Tak logik betul! Memanglah saya tak boleh jadi pelakon sebab ‘terlebih sudah’.

Saya sungguh-sungguhlah tak tahu kenapa dan sebab apa ada yang tak tahu tentang AMK tu. Mungkin ke sebab covernya yang sekali pandang sebiji macam novel HDT sampai orang susah nak membezakan kedua-dua novel tersebut, atau novel tu tak best benar sampai tak ada yang memperkatakan tentang novel tu, atau juga sebab AMK tak ada kat kedai, atau... apa-apa ajelah alasan yang lain. Saya terima aje semua alasan yang ada dalam dunia ni, kecuali... alasan nombor 2 tu. Penat tau buat sebuah novel, kecik hati saya kalau ada yang kata AMK tak best benar. Kalau kata tak best aje, saya masih boleh terima, kalau sampai tak best benar, sedihnya rasa, hehehe...

Tapi sebenarnya, ketika mula-mula diterbitkan dulu, AMK nampak seperti diterima pembaca saya dengan baik. Cuma... bila dah dua tahun berlalu dan saya pun dah ada novel-novel baru [TANPAMU AKU RINDU, KASIH BENAR KASIH dan TERUS CINTAI AKU] selepas itu, AMK semakin jarang disebut-sebut. Novel lama, siapa yang nak sebut kan?

Apa pun, kepada yang bertanya, terima kasih sebab sudi bertanya. Kata orang, tak tahu bertanya supaya kita tak sesat jalan dan saya lebih suka orang yang bertanya daripada orang yang nak tahu tapi tak mahu bertanya. Kalau kat sekolah, memang kita tak faham kan kalau tak tanya?

Dan AMK... kisah tentang Qisya Khaleesa dan Ziyad Fallah. Mereka pasangan yang bahagia hinggalah Faiq Fallah, putera yang sangat mereka sayangi pergi menemui PENCIPTA ABADI. Baik Qisya, mahu pun Ziyad, masing-masing seperti tidak dapat menerima kenyataan hingga saling memendam rasa. Akhirnya Qisya nekad pergi daripada hidup Ziyad kerana terasa diri seperti tak diperlukan lagi. Sedangkan di pihak Ziyad, dia tak pernah menyuruh Qisya pergi, makanya... dia tak pernah mencari bila Qisya benar-benar hilang dari matanya. Dan seperti mana lumrah hidup, manusia hanya mampu merancang sedangkan ada ALLAH sebagai perancang utama. Dalam pada Qisya mengelak, mereka akhirnya dipertemukan juga hanya disebabkan si comel Firyal Ibtisam.

6 comments:

  1. saya dah baca novel AMK.
    memang best..

    gud luck..

    ReplyDelete
  2. masya-Allah....AMK mang gempak kak....giler cinta r dgn ziyad fallah ...

    ReplyDelete
  3. EQAH AZMI - terima kasih sebab baca AMK tu,;-)

    ReplyDelete
  4. PC1667CSF - wah... gembiranya ada org jatuh cinta dengan Si Ziyad tu... ;-)

    ReplyDelete
  5. dua kali baca Aku Mahu Kamu, dua kali saya nangis berlinang air mata...dan mmg sy beli tahun 2010...best, sedih, pilu, terharu..semua perasaan tu bersatu bila baca novel ni...

    ReplyDelete
  6. dua kali baca Aku Mahu Kamu, dua kali saya nangis berlinang air mata...dan mmg sy beli tahun 2010...best, sedih, pilu, terharu..semua perasaan tu bersatu bila baca novel ni...

    ReplyDelete