Dia mak cik saya, mak cik yang sangat rapat dengan saya satu ketika dulu. Tapi bila saya sebut satu ketika dulu bukanlah bermakna sekarang ni kami dah tak rapat lagi. Masih rapat dan sampai bila-bila pun, Insya-ALLAH akan tetap rapat walaupun mak dia, yang bermakna nenek saya dah tak ada lagi. Tapi apa kaitan kami rapat atau tak rapat dengan arwah nenek saya ya? Hem… tentulah ada kaitannya, hanya… saya tak tahu nak berkisah bagaimana.
Berbalik pada mak cik saya tadi, dia mak cik yang sangat baik dan seingat saya, sejak saya tahu apa itu ertinya marah, saya tak pernah dengar mak cik saya ni marah-marah. Dia di mata saya, sangat kelakar dan selalu tau mencuit hati saya dan orang lain yang ada di sekeliling dia. Dari dulu sampai ke hari ni, saya lihat dia tak pernah berubah. Dia tetap mak cik yang merangkap kawan kepada anak-anak buah dia. Dan yang lebih aneh, masa Kak Long saya kahwin, saya cuma rasa sedih. Tapi bila mak cik saya ni kahwin, saya nangis beria-ia sebab saya terasa saya akan kehilangan dia. Macam ada hak saya yang diambil orang.
Terukkan saya? Tapi… perasaan kan sesuatu yang sangat rumit untuk dimengertikan? Dan rasa-rasa macam tu, datangnya memang begitu-begitu aje tanpa dipaksa-paksa. Hahaha. Apa yang pasti, sejak mak cik saya berkahwin [Masa tu saya masih belajar di UPM] dan berpindah, kami agak jarang berjumpa. Dalam setahun boleh dikira dengan jari-jemari tak runcing saya ni, sebabnya… bila saya balik, dia tak balik dan bila dia tak balik, saya pula yang balik. Kalau sama-sama balik pun, masa hari raya ataupun ada antara kenduri-kendara yang melibatkan keluarga kami. Kalau sama-sama balik, itu memang satu kebetulan, macam hari ni walaupun esok saya dah nak balik ke Rumah Pink. Tapi kata orang… biar dapat jumpa sekejap daripada tak dapat jumpa langsung?
Okey, berbalik pada apa yang nak saya kisahkan dalam N3 ni, lepas mak cik saya sampai tadi, dia pun datang rumah saya jumpa dengan kakak dia [mak saya]. Masa tulah kami berpeluk cium macam selalu. Tapi sebelum tu, disebabkan jarak rumah abah saya dengan nenek saya dekat yang amat, saya ada dengar adik dan abang saya sebut yang mak cik saya bawak balik kucing cantik. Tapi disebabkan saya bukan pencinta kucing yang tegar, saya buat acuh tak acuh. Mungkin kalau saya penggemar kucing, saya dah berkejar keluar rumah.
Tiba-tiba mak cik saya kata, “Kau tau kucing tu nama apa?” Manalah saya tau kucing tu nama apa sebab tak ada orang pernah bagitahu saya. Mak cik saya kata lagi, “Cuba tanya Chik Aziz.” Malas cakap banyak saya pun keluar, dari beranda… saya jerit sikit, “Chik Aziz, kucing tu nama apa?” Suami mak cik saya ketawa. Kata dia, “Nama kucing ni Emira. Emelda tinggal kat rumah. Jaga rumah…”
Mendengar dua nama tu, saya ketawa sakan. Rasa macam kelakar aje bila pak cik saya namakan kucing-kucing dia sempena nama-nama watak dalam novel KASIH ANTARA KITA. Lepas tu saya tanya dia, “Kenapa bagi nama-nama tu?” Pak cik saya balas, “Sebab dapat kucing tu masa hari pertama CINTA BUAT EMELDA [CBE] tayang kat TV.” Kali ni bukan saya aje yang ketawa besar, tapi semua yang ada di kedua-dua buah rumah ketawa juga. Ada-ada ajelah mak cik dan pak cik saya tu.
Apa pun, yang penting… hari ni saya dapat tengok CINTA BUAT EMELDA dengan keluarga saya, walaupun kesempatan untuk menonton bersama-sama mereka hanya datang selepas episode 21. Aduhai… dalam tak sedar, lagi 3 hari CBE akan sampai ke penghujungnya. Terasa cepat juga kan masa berlalu? Minggu depan Seindah Sakura dah nak start, ;-)

No comments:
Post a Comment