- CINTA BUAT EMELDA, HARI KE-13 -

April 16, 2012

Opsss... untuk yang mencari link Cinta Buat Emelda (CBE) Episod 13, sila buang rasa keterujaan [kalau ada yang terujalah, kalau tak ada, tak apa-apa] itu dan silalah jangan rasa hampa sebab anda ternyata dah salah masuk rumah ni. Tau kenapa? Sebabnya... di blog ni tak ada satu pun link yang saya sediakan untuk menonton drama CBE itu untuk hidangan mereka yang terlepas menonton di TV3. Tapi di blog-blog lain ada, jadinya... boleh aje melihat-lihat kalau terasa nak lihat. Di Tonton pun ada juga walaupun ada masa-masanya terasa sukar yang amat nak tengok di situ. Cuma yang untungnya, tak ada iklan, ;-)

Sebab lain pulak, episod 13 memang belum ditayangkan lagi di TV3 dalam Slot Akasia tu. Kalau ada pun, pukul 7.00 malam nanti sebab hari ni CBE dah masuk episod ke-13. Maknanya, kalau saya nak muatkan link untuk episod 13 sekarang dan saat ini, nampak benarlah saya menipu kan? Saya pun tak ada episod 13 tu, kalau ada sekalipun tak mungkin dibenarkan masukkan di rumah tak bertiang dan bertingkap saya ni. Dan kenyataannya, saya sendiri pun masih belum tengok drama tu kecuali untuk episod 1-12 semata-mata. Yang ada, hanya ringkasan episod 1 hinggalah episod 24.

Yang saya maksudkan bagi N3 ni, hari ni CBE dah masuk episod ke-13, ini bermakna drama yang diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita dah pun ditayangkan di TV3 sebanyak separuh. Ini bermaksud, termasuk hari ini ada lagi 12 episod yang masih berbaki. Selepas episod 24 nanti, CBE akan terus jadi kenangan untuk semua yang menontonnya termasuk saya sendiri. Mungkin... kenangan yang terindah atau mungkin juga jadi igauan ngeri untuk sesetengah orang.

Bagi saya sendiri, untuk setakat hari ini, masih manis lagi dan hendaknya akan terus manis, semanis madu. Lebih-lebih lagi bila saya lihat CBE nampaknya seperti diterima banyak orang. Berapa jumlah banyaknya itu, jangan ditanya pada saya sebab saya bukan ahli sukat, apalagi nak menyukat jumlah orang yang menonton CBE. Apa yang saya lihat berdasarkan komen-komen yang saya baca. Lebih daripada itu, saya rasa manis sebab pembaca KAK juga dapat menerima CBE seadanya walaupun setelah berlaku pengurangan dan penambahan watak dan isi ceritanya.

Entah kenapa, berbanding penonton yang hanya menonton CBE tanpa membaca KAK, saya lebih takutkan penonton yang dah pun membaca Kak dan kemudian menonton pula CBE. Sebabnya, mahu atau tak, saya yakin dan sangat pasti yang mereka yang dah membaca KAK pasti akan membandingkan KAK dengan CBE kerana saya sendiri pun pernah membandingkan Ombak Rindu versi novel dengan versi filem, Gemersik Kalbu versi novel dengan versi drama, Bicara Hati versi novel dengan versi drama dan novel-novel lain yang sudah pun diadaptasi. Perasaan ingin membandingkan tu memang tak dapat dielakkan.

Tapinya, kurang atau lebih CBE berbanding KaK memang dah tak boleh diapa-apakan lagi kerana memang tak ada apa pun yang boleh dilakukan. Mahu atau tak, saya sebagai penulis KAK, merangkap pembaca KAK, merangkap editor KAK, harus memikirkan yang baik-baik aje.

Lahirnya CBE bagi saya sebagai penulis KAK, ada begitu banyak kebaikan. Pertama, dengan adanya CBE, KAK kembali dicari orang dan senyum saya memang lebar [tak sampai ke telinga okey] bila tengok KAK disusun cantik di kedai-kedai buku. Kedua, novel-novel yang dulunya tak ada di sesetengah kedai buku, sekarang ni dah ada. Ketiga, disebabkan KAK, novel-novel saya seperti SEMUSIM RINDU, KASIH ANTARA KITA, JANJIKU BERSAMAMU, SEGALANYA UNTUKMU, HANYA DIA TAHU, AKU MAHU KAMU, TANPAMU AKU RINDU, KASIH BENAR KASIH dan novel terbaru saya, TERUS CINTAI AKU turut terkena tempias sama bila dicari pembaca. Bahkan yang agak mengejutkan, novel HANYA DIA TAHU yang dah banyak usianya melompat masuk dalam carta MPH, KASIH BENAR KASIH yang terbit tahun lepas terjun dalam carta Popular Bookstore dan SEGALANYA UNTUKMU juga masuk carta dalam Terlaris Minggu Ini (Online Karangkraf Mall).

Bagi seorang penulis seperti saya, tak ada yang lebih menggembirakan dan membahagiakan bila melihat novel-novel tulisan kita ada di kedai-kedai buku. Sekurang-kurangnya, terasa segala penat lelah dalam menyiapkan sesebuah novel itu seperti berbaloi. Masuk carta atau tak, tak begitu penting asalkan saya tak mendengar pembaca berkata yang mereka tak dapat mencari novel-novel saya kerana tak ada di kedai.

Apa pun, bagi yang mengikuti CBE, selamat menonton untuk episod-episod seterusnya. Kalau boleh, tengok sampai habis tau! Untuk yang mahu membaca KAK dan sedang membaca KAK, selamat membaca dan kalau boleh, bacalah sampai ke titik akhir. Mana tau, selepas membaca KAK, muncul pula rasa nak membaca novel-novel saya yang lain. Tak malu kan ayat tu kan? Tapi... alah, saya anggap saya sedang mempromosi novel-novel saya sendiri. Jadinya, tak perlu malukan? ;-)


6 comments:

  1. xkisah la lam novel cm ner...xmmpu nk sepenuhnya copy paste cm lam novel..pengurangan watak mmg bgs sbb sng penonton nk ingt..hehe..tp ape2 pun KAK N CBE ada motif tersendiri..syabas...kerana mesej dr novel mampu disampaikan..mesej dr drama pun mampu dismpaikan..ape yg fyzah dapat,,pengorbanan mampu melunturkan seseorang mnjaga maruahnya demi org lain..terlalu besar pengorbanan yg dilakukan apatah lagy adik beradik..terkesan...bc novel pun nangis,,tonton drama pun nagis..enthalaaa..air mata terllu byk..btw..tahniah atas penghasilan novel yg cukup istimewa ini.. =)

    ReplyDelete
  2. after this sy akan buat n3 sal kak n cbe nie..sblm tu enjoy la blog sy dulu yer kak... http://minedunia.blogspot.com

    hbs cbe nnty sy akan buat entry sal novel n drama tu...wslm..

    ReplyDelete
  3. saya sukee sesangat citer ni x kirela novel or kat tv.almy nadia n fizo mmg sesuai sgt bawak watak emelda n aril fatah.after tgk cter ni,sy lg boleh bygkan jalan citer tok novel 2..n mmg lg best lau ade org yg lakonkan n bukan sekadar bace je..

    ReplyDelete
  4. FYZAH - terima kasih sebab dapat apa yang nak akak sampaikan. harap-harapnya sampai habis episod CBE, tetap mampu menarik hati fyzah untuk terus menonton. akak tentu datang melawat blog tu... ;-)

    ReplyDelete
  5. FYDA - terima kasih ya sb sudi tengok, sy pun tak ada masalah dengan lakonan almy nadia dan fizo omar, mungkin sb dh biasa tengok diaorg berlakon. cuma kalau selalu tak beria, sekarang baru beria, ;-)

    ReplyDelete
  6. kak aleya sy suka semua novel akk..sy suka baca novel akk..novel kasih antara kita dulu sy ade tp dh ilang sy nk beli blk..

    ReplyDelete