- Patut tak... kalau sebagai penulis novel KASIH ANTARA KITA, saya terasa nak TINJU muka ARIL FATAH dalam drama CINTA BUAT EMELDA hari ni? Agaknya... ini juga ke perasaan pembaca sepanjang menghadamkan KAK? –
Itu… status saya dalam PAGE hari ni masa saya layan CINTA BUAT EMELDA [CBE] episod 20. Entah kenapa, tengok CBE hari ni, saya rasa sangat EMO. Malah, muncul pulak rasa-rasa macam nak membelasah orang [Ooo… awak, sangat kelakar dan nampak macam tak logik pun ada juga ALEYA ANEESA. Hahaha…] dan orang yang nak saya belasah, tentu aje Si ARIL FATAH. Satu watak yang saya sendiri wujudkan, kemudian saya berikan dia watak dan perwatakan seperti mana yang saya nak, bukan seperti mana yang orang lain nak. Dan bila watak yang saya cipta seperti mampu buat saya geram hari ni, saya ada jugalah rasa-rasa malu dengan diri sendiri. Hahaha.
Sepatutnya… rasa-rasa yang memalukan tu tak perlu wujud sebab saya dah tahu dengan jelas Aril Fatah itu jenis orang yang bagaimana. Tapi tulah… kalau dah emo tu, tetap jugalah emo. Kan? Dan saya mula berfikir, kalaulah saya boleh jadi SEGERAM ini sampai terasa mahu MEMBELASAH [Walaupun hakikatnya saya tak sekuat Si Badang] Aril Fatah, tentu juga pembaca KAK pernah merasakan perasaan yang sama pada orang yang sama sepanjang proses menghadamkan buah tangan saya tu? Agaknya, mungkin ada juga yang terasa mahu membaling KAK ke dinding sebab sakit hati yang melampau dengan tingkah watak hero dalam KAK tu.
Aduh... baru saya tahu macam mana rasa sakit hati dan geramnya dengan watak yang saya sendiri buat? Ataupun, saya sebenarnya patut membelasah diri sendiri sebab tergamak buat watak Aril Fatah sampai macam tu sekali? Hahaha... saya memanglah nampak macam kartun dalam TV kan?
Sebenarnya, Aril Fatah yang saya cipta dalam KAK dengan Aril Fatah yang dicipta dalam CBE, memang masih orang yang sama. Cumanya, saya tak dapat nafikan terdapat juga beberapa perbezaan dalam perwatakan kedua-duanya. Kata pembaca KAK, Aril Fatah dalam KAK lebih panas baran. Kerjanya asyik MENCENGKAM lengan Emelda bila dia marah. Kerjanya asyik MARAH-MARAH Emelda bila dia sakit hati. Kerjanya juga asyiklah CEMBURU dengan Maliki. Dalam CBE pula, dia tak panas baran sangat, tak marah-marah sangat dan cemburu pun cuma sikit-sikit aje. Kiranya, bagus jugalah perangai Aril Fatah dalam CBE ni kan? Tapi... dalam KAK, walaupun dia agak GANAS, dia tak tipu Emelda, dia tak LONGLAI hanya disebabkan Zalida dan dia bertegas bila berdepan dengan Zalida lepas dia bergelar suami Emelda. Memanglah dia layan kerenah Zalida sebagai kawan aje, tapi... tetap juga buat kita yang melihat rasa geram.
Hem... itulah [kebaikan dia melayan kerenah Zalida] yang sebenarnya buat saya rasa nak membelasah dia. Hahaha, saya sangat teruk kan? Tapi... rupa-rupanya bukan saya aje yang geram, penonton pun geram dan lebih daripada itu, ABAH saya pun geram juga. Siap kata macam ni, “Eh... awak tu dah kahwin? Kenapa melayan perempuan lain!” Hampir bergolek-golek saya bila mendengar cerita daripada MAK saya seketika tadi.
Apa pun, setakat episod 20 tadi, saya masih enjoy melihat CBE di TV3, harap-harap biarlah sampai ke sudah saya rasa perasaan yang sama. Minggu depan episod 21, episod 22, episod 23 dan episod 24 akan ditayangkan. Selepas itu, segala-galanya selesai, ;-)

bila sebut pasal panas baran, tb2 terbayang bagaimana agaknya klu iqram dinzley yg bawa watak tu ek?
ReplyDeleteKalau tanya kte, padanan aril fatah ngn iqram dinzley x de kot dalam kepala. Mmg dia menjadi utk watak panas baran, tp yg lain2 mcm tak masuk ngn jiwa kte wlupun kte minat dia berlakon. Mcm ada yg kurang, tp tak tau apa.
ReplyDeleteha3... penulis KAK juga ter-emo juga akhirnya...he3..
ReplyDeletehttp://skuterlady.blogspot.com/
mmg grm sgt2 esp. bl aril ngn zalida...grrrrr....hehe
ReplyDeletekelakar la pe akak ctekn dlm blog ni..
ReplyDeletetp sy terhibur gak..CBE ni mmg bez tp lg bez KAK..
hehe;)
mmg pun .. geram je tgk zalida peluk lengan aril fatah .. yang aril fatah boleh buat muka je .. marah nye x .. dasar lelaki .. xsabar nak tggu episode hari ni .. tapi minggu ni dah last .. rasa tak puas lagi laa .. huuuuu
ReplyDeleteLADY SCOOTER - masa buat nvl tu, tak emo pulak, hehehe...
ReplyDeleteIEDA - nk belasah dia sama tak? hehehe...
ReplyDeleteSAFWANA89 - terima aksih sudi jenguk blog akak dan sudi pulak tengok CBE tu, ;-)
ReplyDeleteNANA HUSSIN - hari ni last, cepatnya rasa masa bergerak kan? selamat menonton...
ReplyDeletetu kira baru je kawen.. dah makan penampo makan penyepak.. masa kes zalida nmpk sgt pilih org lain dari bini sendiri.. kalau dlm realiti.. emm tak payahla tunggu.. tinggalkan aje. jantan tak guna
ReplyDelete