- CINTA BUAT EMELDA, KEBENARAN TERUNGKAP! -

April 23, 2012

Hoye... hoye... hari ni CINTA BUAT EMELDA [CBE] dah masuk episod 17. Memang masa sekarang ni bergerak sepantas kilat, kan? Habis minggu ni, kemudian minggu depan, maka... CBE hanya tinggal kenangan untuk kita semua, terutama saya dan kawan-kawan yang mengikuti drama yang diadaptasi daripada novel KASIH ANTARA KITA [KAK] tu.

Tapi bukanlah bermakna CBE tak akan diulang tayang lagi di TV3, insya-ALLAH akan ada seperti drama-drama lain yang pernah TV3 siarkan sebelum ini. Cuma... bila masanya, itu yang tak mampu saya jawab sebab saya tak bekerja di TV3 tu, ada kawan-kawan di sana pun tak juga ya. Tapi kalau saya dengar-dengar ura-ura nanti, saya akan maklumkan untuk perhatian mereka yang berminat.Okey berbalik tentang CBE yang masih ada 8 episod lagi, minggu lepas Emelda & Aril Fatah dah pun selamat menjadi sepasang suami isteri. Yang anehnya, saya sebagai penulis KAK, ikut rasa lega melihat mereka diijabkabulkan. Tak ke kelakar tu? Tapi tak apalah kan? Kiranya saya sudah meletakkan diri saya di tempat penonton CBE, bukan penulis KAK. Yang lebih mengharukan, ada masa-masanya saya terasa seperti nak meramas-ramas mulut Si Huda yang sangat lancang tu. Asyik mencari salah orang, sampai lupa nak menilik kekurangan diri sendiri. Hendaknya dalam dunia ni, tak akan ada orang seperti dia. Dan sesungguhnya, Rebecca Nur Islam dah berjaya melakonkan watak dia dengan berkesan sampai menimbulkan kemarahan banyak orang termasuk adik ipar saya, Ika dan adik yang baik hati, Fida – mereka bercadang hendak membelasah Huda kalau ada di depan mata.

Dan minggu ni pulak, rasa-rasanya [rasa ke, kenyataan ke?] Aril dah tahu kebenaran yang Emelda bukan perempuan sama yang dia jumpa 7 tahun dulu. Apa yang terjadi selepas itu, tak perlulah saya kisahkan dengan panjang berjela sebab pembaca KAK tentu dah tahu apa yang berlaku, tak banyak beza mana kedua-dua versi tu. Jadinya, mari kita sama-sama biarkan penonton CBE yang tak pernah baca KAK berteka-teki sendiri. Tak lama mana pun teka-teki yang wujud sebab sekarang ni dah melebihi separuh episod. Kalau masih berpusing-pusing, bila baru CBE ni akan habis ditayangkan kat TV3 tu kan? Lagipun... drama kita bukannya macam drama Indonesia yang menelan masa yang lama dan panjang.

Dalam minggu ni juga, banyak perkara terungkap, satu demi satu walaupun masih ada yang berbaki sampai ke episod akhir. Apakah itu yang masih berbaki, kita tengok sama-sama ya? Karang kalau cerita semua, bimbang pula mulut saya kena gam dengan gam UHU atau gam gajah. Tak pun, jari-jemari tak berinsurans ini dipotong macam leher ayam yang dipenggal. Lagipun... nanti kalau semua dah tahu, ada pulak yang tak nak tengok lagi sebab dah tahu apa kesudahan bagi CBE tu. Tak naklah macam tu, kesian kat drama CBE dan yang buat skrip CBE yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk hasil kerjanya. Bahkan, saya sendiri pun mengharapkan yang baik-baik juga kerana CBE itu, akarnya datang daripada KAK. Kalau baik CBE, bermakna baik juga untuk KAK kerana KAK dan CBE tu, bagi saya adalah satu yang tak boleh dipisahkan sampai bila-bila, macam cincin dengan permata. Untuk itu, kepada kawan-kawan... selamat menonton CBE untuk minggu ini dan kalau boleh biarlah sampai keluar perkataan ‘TAMAT’. Untuk yang mahu atau sedang membaca KAK, selamat membaca. Semoga apa yang ada di dalam KAK dan CBE, mampu dijadikan iktibar untuk semua. Kalau ada yang tidak elok, tolaklah sejauh mungkin dan kalau ada yang elok, simpanlah kejap-kejap dalam hati dan ingatan, ;-)

6 comments:

  1. Cerita CBE mmg best tapi belum berkesempatan nak baca novel KAK... Macam mana nak dpt kan novel KAK??? Reply please.. Nak sangat novel tu

    ReplyDelete
  2. cerita CBE nie memang best. novel KAK pun dah baca.

    ReplyDelete
  3. ANISA LIYANA - terima kasih sebab tengok CBE tu, ;-)

    ReplyDelete
  4. Anonymous - boleh isi borang order sebelah kanan... ;-)

    ReplyDelete
  5. EQAH AZMI - terima kasih sebesar dunia ya.... ;-)

    ReplyDelete