- APA KHABAR TERUS CINTAI AKU, SETELAH HAMPIR SEBULAN YA? –

April 22, 2012

Oh... tak sedar ya dalam diam, dah dekat sebulan novel TERUS CINTAI AKU [TCA], novel ke-9 saya ada kat pasaran. Itu kalau ikut tarikh ada kat kedai-kedai buku di seluruh Malaysia, tapi kalau ikut keluaran bulan berapa, dah sebulan dah pun sebab TCA dan tiga lagi kembarnya merupakan novel terbitan Alaf 21 [Grup Buku Karangkraf] keluaran bulan Mac 2012.

Setakat hari ni, ada beberapa komen yang saya terima dan sempat saya baca. Ada yang positif dan bila ada positif tentu juga ada yang negatif. Bagi seorang penulis, komen positif memang sangat diharapkan kerana positif bermaksud novel tersebut diterima dengan baik. Komen negatif pula, kalau pun tak banyak tentu akan meninggalkan kesan di hati. Maklumlah, mana ada manusia yang suka pada hal-hal negatif. Hanya tergantung bagaimana seseorang penulis itu menghadapi komen negatif itu.

Bagi saya sendiri, apa juga komen yang datang saya terima seadanya kerana mahu atau tak, memang bidang yang saya pilih ini tak dapat lari daripada komen-komen pembaca. Bila ada komen, itu bermakna novel saya dibaca, walaupun bukan semuanya komen berbentuk pujian. Sebaliknya kalau tak ada komen, mungkin novel tersebut tak dibaca orang atas beberapa sebab yang mungkin hanya pembaca aje yang tahu.

Hanya... dalam setiap karya yang saya hasilkan, saya sentiasa cuba berusaha untuk melakukan yang terbaik. Cuba lari sedikit daripada karya-karya sebelum ni supaya tak dilabel ‘sama’ aje yang ini dengan yang sebelum ni kerana memang menjadi lumrah manusia terlalu suka membanding-banding. Bahkan saya sendiri pun cenderung melakukan perkara yang sama. Cumanya, baik pada saya belum tentu baik pada pembaca kerana saya mahu menyampaikan ‘sesuatu’ sedangkan pembaca pula inginkan sesuatu yang mungkin lebih segar dan bertenaga.

Dan sebenarnya hendak memuaskan hati pembaca di tengah-tengah lambakan novel yang ada di pasaran, rasanya sangat sukar walaupun TCA bukanlah novel pertama saya. Lantaran itu, sampai ke saat ini dan hari ini pun saya menganggap saya masih lagi dalam proses pembelajaran dalam menghasilkan karya yang baik. Hanya... saya terpaksa maklumkan yang saya tak pandai buat novel yang penuh dengan komedi. Mahu lari macam mana pun, tetap juga gaya penulisan saya begitu-begitu juga.

Apa pun, kepada yang sudah membaca TCA, tak kira apa komen yang diberikan, saya tetap berterima kasih kerana sudi menghadamkan karya terbaru saya tu. Kepada yang belum mendapatkan TCA tapi berniat mahu mendapatkannya, saya tetap berharap TCA tak akan menghampakan. Insya-ALLAH... saya akan terus memperbaiki mutu penulisan saya dari semasa ke semasa, ;-)

6 comments:

  1. ouhh sya belum beli yg ni. nak sangat~ hehe, ska novel akak ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih, nanti-nanti bolehlah dapatkan pulak, ;-)

    ReplyDelete
  3. dah beli..belum start baca..every month memang wajib beli 2 novel..

    ReplyDelete
  4. pesta bku antrabangsa akk pergi x??
    wana nk jmpa akk g la..
    kak aleya..2 hr lps, my besday yg ke 20 thn lebih..
    hehe ;)

    ReplyDelete
  5. dah beli pun. huhuhu. akhirnya :D

    ReplyDelete
  6. dah beli pun. huhuhu. akhirnya :D

    ReplyDelete