Sebelum terus bebel-membebel lebih panjang berjela-jela lagi, diam tak diam dah 10 hari drama CINTA BUAT EMELDA [CBE] bersiaran kat TV3 dalam Slot Akasia. Ini bermakna ada lagi 14 episod yang akan menyusul sebab drama ni ada 24 episod. Bagi yang tak pernah baca novel Kasih Antara Kita [KAK] tapi nak tahu apa kesudahan kisah hidup Aril Fatah, Emelda dan Si Comel Dania, kenalah ikut sampai habis. Bagi yang dah baca KAK, rasa-rasanya tak perlulah nak rasa suspens sangat dengan penamat CBE tu sebab tak lari jauh mana daripada novel. Kalau novel mampu buat kawan-kawan tersenyum selepas kata TAMAT kelihatan, drama pun mungkin akan buat ramai yang tersenyum bila tiba episod yang terakhir, pun dengan kata TAMAT juga. Itu pun kalau rasa gembira melihat kisah kekeluargaan yang disalut dengan rasa cinta dan kasih sayang yang kemudian diikat dengan ikatan persahabatan itu.
Perasaan saya selepas 10 hari CBE ada di kaca TV, tentulah dah tak berdebar-debar lagi sebab dah tak ada apa yang nak didebarkan lagi. Kalau pun ada rasa debaran datang, dah tak boleh nak buat apa sebab ‘benda’ dah jadi dan tentu aje tak boleh nak dibetulkan lagi.
Setakat 10 hari ditayangkan, ada macam-macam komen yang datang walaupun bukan pada saya. Apa yang saya lihat, banyak juga komen-komen yang diterima, ada positif dan ada juga yang negatif. Ada yang kata suka KASIH ANTARA KITA [KAK] dan suka juga dengan CBE. Ada yang kata ada perubahan, tapi tetap juga nak tengok CBE. Ada yang kata lebih suka KAK berbanding CBE. Bahkan, ada juga yang kata suka CBE berbanding KAK. Adoi... yang terakhir buat saya rasa nak sentap. Hahaha... tapi sebenarnya tak rasa sentap pun, sikit pun tak. Bagi saya, rasa suka tu bukannya boleh dipaksa-paksa, sama macam rasa suka kita pada manusia atau benda yang ada di muka bumi ni. Saya lega kalau orang suka CBE berbanding orang tak suka. Tak kisahlah kalau KAK tewas di tangan CBE sekalipun. Yang penting, CBE digarap dengan baik, itu sudah mampu membuatkan saya tersenyum dan mampu tarik nafas panjang.
Soal watak yang ditambah dan dikurangkan, saya tak nak komen apa sebab saya yakin, yang buat skrip tentu ada alasan tersendiri. Mereka lebih arif dalam soal buat skrip, sedangkan pengetahuan saya hanya setakat menulis novel. Dan penambahan watak Azida, terus terang saya kata, saya suka sebab Azida membuatkan CBE lebih bertenaga dan lucu bila digandingkan dengan Emeriz yang dah bertukar watak. Ya... saya tau, watak Enieza tak ada dalam CBE sebab watak tu dah diambil oleh Emeriz. Kiranya, Emeriz punya dua watak yang berlawanan. Dia baik pada Dania [dalam novel memang dia seorang yang baik] dan dalam masa yang sama, dia layan Emelda dengan buruk [dalam novel watak ni dipegang oleh Enieza]. Kiranya, watak Enieza ditiadakan, tapi perwatakannya masih ada dalam CBE. Tidaklah menghampakan saya.
Watak Atiea [kembar Dania] ditiadakan dengan alasan bukannya mudah nak buat kanak-kanak pegang watak yang berlainan dalam satu masa dan lagi, katanya memang sukar mencari pelakon kanak-kanak yang boleh berlakon. Agaknya, kalau Mia Sara Nasuha terpaksa pegang watak Atiea juga, mungkin akan pening. Atas alasan tu, saya terima aje apa adanya. Mungkin kalau saya yang membuat skrip CBE, saya pun akan buat keputusan yang sama.
Dan yang menghairankan saya sendiri, masa buat KAK, saya tak rasa sedih dan saya tak menangis. Satu-satunya novel yang ketika saya menulis saya rasa sangat sedih adalah novel SEGALANYA UNTUKMU [SU]. Tak tau atas alasan apa, tapi memang sepanjang menggarap SU, terasa semacam ada satu rasa mencengkam jiwa saya sampai-sampai saya terpaksa menghentikan taipan saya pada keyboard. Saya tak pernah dipukul abah saya, tapi saya seakan-akan terasa betapa sakitnya rasa bila Jehanna Aisya dipukul ayahnya. Saya tak pernah rasa murung dengan takdir yang datang sebab putus cinta pun tak mampu buat saya rasa murung, tapi... kemurungan Jehanna Aisya dengan apa yang dialami sejak kecil seakan-akan menghantui diri saya. Ya... saya tak malu mengaku yang ketika menggarap SU, air mata saya tak gugur, tapi tetap bergenang di mata.
Dan CBE, beberapa kali juga buatkan air mata saya gugur. Saya rasa sangat sedih. Harapan saya, untuk 14 episod yang akan datang, CBE akan terus ditonton orang kerana jatuh dan bangunnya drama itu, penonton yang menentukan, bukannya saya sebagai penulis KAK mahupun Mimie yang buat skrip CBE, ;-)

btol2x..segalanya untukmu memang sgt sedih,,byk kali bace pn x jemu & still bole buat kte menangis..KAK & CBE dua2x pn best..tahniah akak..
ReplyDeletebetol2x..segalanya untukmu sgt sedih,,byk2x kali baca pn still boleh nangis2x...KAK & CBE dua2x pn best..;)congrate kak...
ReplyDeleteseriously akk..sy suka dua2..KAK n CBE..andai disuruh pilih mmg sy xtau nk pilih..dua2 mmg buat sy tersentuh dan menangis..msg2 ade kekuatan..sy nih mmg ssh cket nk suke citer melayu..bole kire jer bape kerat sy lyn..hehehe..apepun KAK n CBE dua2 dh terbaik...!!
ReplyDeletepurpleteacup lady- nama yg sangat unik ya? terima kasih yg sebab baca SU tu, tak tau kenapa, tp... nvl tu mmg istimewa kt hati akak. penulis yg perasan ya akak ni? hahahaha...
ReplyDeletewhosena - terima kasih, lega sangat akak dengar husna suka CBE juga. takutnya akak masa CBE belum tayang, ALLAH aje yg tahu. sekarang lega dah... ;-)
ReplyDeletesy suke semua novel akak . bg sy segalanya untukmu mmg best + sedih .
ReplyDeleteuntung nye dpt husband mcm fahem ammar tu.. :)
cik ieyra - terima kasih sb baca nvl2 akak dan suka SU tu juga... ;-)
ReplyDeleteknape cinta buat emelda xde kembar eh kak aleya..klau x msti lgi comel..huhuhu
ReplyDeleteAnonymous - tu... alasan dah ada dlm N3 ni... klu nk ikutkan, mmg agak sukar seorang budak kecik nk bawak dua watak, emelda & emira yg kembar tu pun akak yg tengok mcm bimbang aje, hehehe...
ReplyDeleteakak...jujur saya cakap..dua-dua best...tapi saya puas baca buku lagi rasa...sebab kat drama banyak watak yang tak da kan...tapi tu la...baik novel ataupon drama masing-masing ada kekuatannya...
ReplyDeletetq..nme purpleteacup 2 dlu sye just create suka2x tp tbe2x jln2x terjumpa pulak kedai yg sama nama,,haha..x sangka btol.kalau jd novelist yg perasan dgn karya novel dye sendiri pn ape salahnya..;)nk hasilkan sebuah buku bkn senang.kagum dgn idea seorang novelist nie kdg2x..haha..
ReplyDeletenurul aqmar - yup, akak setuju... dua-duanya berbeza, tapi tetap ada kekuatan tersendiri, ;-)
ReplyDeletepurpleteacup lady - memang tak mudah nak siapkan sebuah manuskrip novel, tp... bila dh siap rasanya puas sangat, ;-)
ReplyDelete