- MARI MAKAN-MAKAN -

April 15, 2012

Makan... hem, dah tentulah saya manusia yang paling suka makan yang ada dalam dunia ni. Tapi... kalau disuruh masuk pertandingan makan macam yang pernah saya tengok kat TV, saya tak akan sanggup sebab saya yakin saya tak akan menang. Sebabnya, saya jenis selera besar tapi kemampuan tak sebesar mana. Banyak mana pun makanan terhidang di depan mata, kalau dah sampai tahap perut penuh, saya tak akan sumbat dan sumbat terus makanan ke mulut. Bimbang dalam proses menyumbat makanan ke mulut, ada yang keluar semula nanti. Tak ke haru kalau keadaan tu sampai berlaku? Tak ke namanya memalukan diri sendiri?

Dan Sabtu malam lepas, saya dan keluarga saya pergi makan-makan. Malah, saya sanggup berkejar balik ke JB semata-mata mendengar perkataan MAKAN. Sedangkan kalau nak diikatkan rasa badan, saya memang sangat-sangat-sangat letih sebab sejak kebelakangan ni saya memang jarang dapat berehat pada hujung minggu. Ada-ada aje aktiviti yang saya kena buat. Bermula dengan permintaan abah yang minta saya balik, kemudian minggu berikutnya, Sesi Temu Mesra di Subang Parade, bersambung balik JB lagi minggu depannya, Karnival Buku di Kolej Uniti minggu lepas tu, Sesi Temu Mesra Penulis di Borders The Curve dan minggu berikutnya Sesi Temu Mesra Penulis di Pesta Buku Sinar Bestari di Kuala Selangor.

Untuk aktiviti yang bersambung-sambung tu, saya akhirnya dihadiahkan dengan MC dan berkesudahan mengerekot kat rumah sebab Migrain dan Gastrik datang menyerang. Ingatkan dapat bertahan dengan tidur yang panjang tapi sebenarnya sungguh-sungguh tak boleh bertahan lagi. Betullah, badan manusia bukannya macam badan robot. Sampai masa, kita perlukan rehat. Dan sebenarnya, aktiviti bersambung tu taklah berat mana sebab dalam salah satu aktiviti tu, tak ada pula aktiviti yang dinamakan, ‘Mari Memecahkan Batu’ atau ‘Mari Menarik Kayu Balak’, atau ‘Mari Mengangkat Rumah’, tapi... penyakit bila nak datang bukannya boleh ditahan-tahan sesuka hati. Mungkin juga penyakit tu datang sebagai petanda supaya saya merehatkan badan yang letih.

Memang pun sejak akhir-akhir ni, saya kerap balik JB tanpa ada cuti tambahan, sedangkan dulu kalau tak ada 3 hari, saya tak akan balik kalau tak ada sebab-sebab yang penting. Balik JB, Jumaat pukul 6.00 petang dan balik KL semula hari Ahad pukul 2.00 petang, walaupun bukan saya yang bawa bas, saya tetap juga terasa letih. Tapi tak apalah, kadang-kadang... ada hal-hal dalam dunia ni yang lebih penting dan patut diutamakan daripada kepentingan diri sendiri. Boleh aje kalau tak balik hujung minggu lepas, tapi... tentunya makan-makan tanpa kehadiran saya tak akan jadi best bagi keluarga saya. Bunyinya macam perasan kan? Tapi... memang pun tak best kalau saya tak ada, sama macam saya rasa tak best kalau salah seorang daripada kami tak ada sebabnya, antara kami semua memang sangat-sangat rapat. Harap-harap rezeki kami akan lebih murah lepas ni dan semoga kami semua berbahagia dunia dan akhirat, ;-)















2 comments:

  1. restoran ni mmg sedap.. nak2 sup sharkfin dia... mabeless!

    ReplyDelete
  2. makan, mmg sedap kalau makanan tu mmg sedap...

    ReplyDelete