“Kita diseru untuk selalu melakukan kebaikan, namun bukan semua orang merasakan wujudnya seruan itu”

Ok, berbalik pada tajuk N3! Melihat rupa paras Quick Strawbery atau Strawbery Meth yang tak ubah seperti gula-gula yang sangat sedap dimakan, kalau saya jadi kanak-kanak pun saya akan teruja nak memasukkannya ke dalam mulut. Mesti rasanya sedap kalau ditengok pada warnanya yang merah. Tapi itu kalau saya jadi kanak-kanak, sekarang ni saya dah terlalu tua untuk mengaku diri sebagai kanak-kanak. Maka sebagai orang dewasa, saya nak ingatkan pada ibu bapa kanak-kanak, pak cik mak cik kanak-kanak, nenek atuk kanak-kanak, abang adik kakak-kanak dan sesiapa saja yang ada kaitan dengan kanak-kanak, SILA KATAKAN PADA ANAK-ANAK KORANG SUPAYA TAK SESEKALI MAKAN QUICK STRAWBERY ATAU STRAWBERY METH yang sangat tak berguna ni.
Kenapa tak boleh? Sebab, ia sejenis dadah baru yang makin menular di sekolah-sekolah. Macam mana ia tersebar, saya tak tahu sebab saya tak pernah jual dadah. Ia kelihatan seperti batu-batu kristal strawberi yang biasanya dikulum oleh kanak-kanak dan baunya pun seperti strawberi. Bau strawberi? Dah tentu-tentulah manis dan kanak-kanak suka! Lebih daripada itu, ia boleh membawa MAUT, kalau pun tak MAUT, ia akan meninggalkan kesan yang amat mengerikan kepada kanak-kanak. Jadinya, pandai-pandailah korang nilai diri sama ada sayang atau tak pada anak-anak yang dah korang jaga sejak masih merah sampai dah boleh pergi ke sekolah sekarang ni.
P/S : TOLONGLAH LARANG ANAK KORANG YA KALAU KORANG BETUL-BETUL SAYANGKAN MEREKA. JANGAN NANTI, MASA MEREKA BALIK, MEREKA DAH TAK LAGI DIGELAR MANUSIA [Bunyinya keras tapi kalau dengan kekerasan boleh menyelamatkan kanak-kanak, apa salahnya]. PADA YANG TERBACA N3 NI, MOHON SEBARKAN, SEMOGA KEBAIKAN KORANG AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN OLEH ALLAH...
baru tahu dadah ada jugak jenis mcm tuh..
ReplyDelete*dunia makin bahaya* @..@'
gule2 yang macam mane ek?ika baru je beli semalam..tp dah abes kitorang mkn..jenama ape ek?
ReplyDeletegula2 yang mcm mane ek?rase2 mcm ika baru beli semalam..jenama apa ek?
ReplyDeleteKIRA KEKURI - dunia mmg mcm dh parah benar sebab tingkah orang-orang disekitarnya...
ReplyDeleteIKA - aku pun tak tahu, tp bentuk dia mcm tulah. dlm gambar tu. kat sekolah-sekolah katanya... minta dijauhkan daripada anak-anak buah aku...
ReplyDelete