- JODOHKU JODOHMU? BUKAN KERJA KITA OK! -

June 24, 2012

“Tak ada manusia yang nak hidup sendiri tanpa ditemani seseorang bergelar suami atau isteri berserta bidadari-bidadari kecil sebagai pengikat dua hati”

Tajuk tentang jodoh macam klise kan? Ya, saya rasa pun macam klise juga. Tapi entah kenapa ya, yang klise itu juga yang disukai ramai orang di luar sana, lebih-lebih lagi orang yang dah punya keluarga, punya suami dan punya anak-anak. Opsss... bukan semua ya, tapi bukan juga sedikit yang seumpama itu. Ramai benar yang sukakan topik itu walaupun dalam dunia ni ada banyak lagi topik yang lebih best boleh dibincangkan.

Tapi entahlah, tetap topik itu yang mereka gemar. Bagi mereka, barangkali itu topik paling best dalam dunia, tak ada lain dah yang lebih best daripada topik itu. Padahal, mereka tak sedar mereka dah pun menggores hati pihak yang lagi satu. Mungkin mereka tak berniat, tapi itu kata mereka yang konon-kononnya tak berniat sedangkan orang yang ditanyai tentu aje terasa lain.

Saya menulis tentang jodoh hari ni, rentetan daripada status kawan saya di FB beberapa hari lalu. Dia ditanyai tentang hal yang satu itu dan saya yang seangkatan dengan dia tentu juga terasa seperti pipi ikut ditampar. Siapa kata meriah hidup sendiri dalam usia seperti ini? Tak meriah dan sangat tak mudah! Dahlah kena buat semua perkara sendiri, kena pula menghadapi mulut-mulut manusia yang bekerja lebih pantas daripada akal fikiran. Saya nak tulis mulut longkang tapi saya tak sampai hati. Gelaran tu terlalu kasar walaupun hakikatnya mulut-mulut itu sudah mengelar halus hati orang yang jodohnya lambat atau langsung tak berjodoh dalam seumur hidup. Yalah, kalau akal fikirannya yang bergerak dulu, tentu tak sampai hati bertanya hal-hal sesensitif itu.

Jodoh lambat atau tak ada jodoh langsung, siapa manusia nak mempersoalkan kerana itu di luar kemampuan kita sebagai manusia yang lemah. Atur dan rancanglah serapi mana pun, sampai masa belum tentu akan tertunai. Hakikatnya, manusia hanya merancang sedangkan ada DIA sebagai perancang yang paling rapi. Baik pada kita belum tentu sebenarnya terbaik untuk kita. Tak baik pada kita belum tentu sebenarnya benar-benar tak baik. Dan kalau apa yang dirancang dan diatur itu benar-benar jadi kenyataan, bersyukurlah kerana tak perlu melalui halangan yang begitu besar dan laluan lebih mudah dibandingkan orang lain.

Tapi ingatlah, apa yang kita rasa milik kita belum tentu akan jadi milik kita yang kekal kerana yang kekal itu hanya ALLAH. Mana kita tahu, hari ni kita ada suami dan anak-anak, esok luas dah tak ada. Hari ni tak ada, esok lusa ada pula. Hidup jangan sombong kerana bimbang kelak kita akan menelan kata-kata sendiri. Hari ni kita menggores hati orang, esok lusa mungkin kita pula yang akan rasa tergores kerana sekarang ni ALLAH bayar tunai atas setiap perbuatan kita. Bila detik itu tiba, siapa yang hendak kita salahkan? Atau pun ketika itu, kita dengan muka kebas terpaksa datang kepada orang-orang yang dah kita gores hatinya kerana kita memerlukan seseorang untuk mendengar luahan kita yang tak berkesudahan.

P/S : BELAJARLAH BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA KERANA BUKAN SEMUA ORANG BERNASIB BAIK SEPERTI KITA. DAN, BELAJAR JUGA MENGHORMATI PERASAAN ORANG LAIN.

9 comments:

  1. Ya betul..Sy mmg setuju dgn cik writer...Bkn krn sy juga berada di ambang umur2 begini tetapi mmg apa yg di kata boleh menimbulkan tekanan kpd kita yg seangkatan dengannya ini....Bagi yang mengata mesti rasa teruja...Bagi yang kena kata mmg rasa bengang gila...
    Tp bagi saya ini mudah dan boleh kita elakkan hanya dengan 2 cara:-
    1) Mohon kepada DIA agar kita diberikan kekuatan bagi menghadapi kata2 orang & Temukan kita dgn jodoh yang telah DIA tetapkan khusus untuk kita di dunia dan akhirat...
    2) Beri tahu kpd mereka2 yang suka sangat bertanya ni supaya menunggu sahaja jemputan dari kita. Selagi x jemput selagi tu lah xde...So beritahu mereka supaya sabar menanti ok.... :)....

    ReplyDelete
  2. klau iya pun, apalah masalahnya dgn mereka2 itu ye? herm...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Soalan:
    Guest : -2009-08-25 3:48 AM
    ustaz..apa penyebab sukar dpt jodoh walaupun seseorg itu sudah berusaha, berdoa, bertawakal dan juga beristikharah, dia xde jodoh ke di dunia ini?

    Jawapan:
    Ustaz amin:
    Sebab, Allah yang tahu, tapi pasti ada hikmah. Ada orang kahwin, kena pukul dengan suami dan berkata “kalau macam ni, lebih baik tak payah kahwin”

    Ada yang dah kahwin, suami kahwin lagi, marah dan mintak cerai.

    Tak semua perkahwinan itu baik buat seseorang. Allah maha mengetahui hikmah di sebalik kejadian.

    Sebenarnya, yang membahagiakan adalah Allah. Sama ada kahwin atau tidak, yang penting kita usaha dan minta Allah bahagiakan hidup kita.

    ReplyDelete
  5. : ATTY - kalau org tanya, sy bagi jawapan no. 2 tu. sekarang ni pun mak sy bagi jawapan tu klu org tanya pasal jodoh sy. dia belajar daripada sy tu, hehehe...

    ReplyDelete
  6. KAKNOOR - sy fikir macam tu juga, bagi sy setiap yg berlaku itu tentu ada hikmahnya. tapi entah kenapa... ada orang yg bukannya tak tahu tapi buat-buat tak tahu. kan bagus kalau semua org buka minda. kahwin atau tak bukanlah masalah besar. janji tak kacau orang sudah, ;-)

    ReplyDelete
  7. ye betoi... hanya yg mengalami yg memahami.. tak payahlah kita sibuk nk dptkn pengertian pada mereka2 yg mmg takkan mengerti. semoga Allah memberi kesabaran yg tinggi pd kita.. dan semoga kebahagiaan yg abadi menjadi milik kita jua nnt.. jika bukan di dunia ini, mohon lah semoga kita dirahmati di akhirat nnt. insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Sedihnya rasa hati ni.. mengenangkan nasib diri

    ReplyDelete