Hari ni... 1 Jun datang. Maknanya, setengah tahun daripada tahun 2012 dah pun tinggalkan kita. Tinggal lagi setengah tahun. Setengah tahun tu berapa hari, saya tak tahu sebab malas nak kira. Padahal tak susah pun kita, tapi... tak rajin. Apa bezanya malas dan tak rajin? Bukan sama ke? Samalah tu! Kalau ada yang rajin nak kira, bolehlah bagi tahu. Kita kongsi sama-sama.
Dalam setengah tahun pertama, entah apa yang dah saya capai saya sendiri tak jelas. Tahu-tahu aje, setengah tahun berlalu. Tinggal lagi setengah tahun aje lagi. Cuma yang pasti, novel saya dah terbit untuk tahun ni. Novel TERUS CINTAI AKU, yang watak utamanya ZALIS NAJWA & KHILFIE. Bagi seorang penulis, bila novel terbit, itulah kejayaan terbesar dalam sesebuah tahun tu. Dan alhamdulillah... setakat ni saya masih dapat kekalkan apa yang saya pegang. Tau apa yang saya pegang? Tak tau kan? Sebab saya pegang dalam hati. Yang saya pegang, novel saya MESTI terbit sekurang-kurangnya sebuah setahun. Kalau lebih, itu bonus terbesar. Tentunya itu lebih menggembirakan.
Itu sebagai seorang penulis, sebagai seorang ALEYA ANEESA. Tapi sebagai seorang manusia biasa, sebagai MARWATI WAHAB pula entah apa yang dah saya dapat atau buat dalam tahun ni. Kadang-kadang terasa macam ada, ada banyak. Kadang-kadang macam tak ada, tak ada langsung. Kalau ada, apa dia? Kalau tak ada, apa dia juga? Entah! Saya sendiri pening lalat mencari, hehehe...
Kalau ditanya fasal azam, tahun ni saya tak ada simpan apa-apa azam yang khusus. Sebabnya, banyak azam tahun lepas yang belum jadi nyata. Malah ada antaranya yang saya dah lupa pun. Saya kan manusia biasa, manusia pula bukankah perangainya mudah lupa? Kalau orang lain tak, saya dah tentu sebab banyak makanan yang boleh melemahkan minda. Contohnya, jajan yang patutnya hanya dimakan masa zaman kanak-kanak ribena. Bukan dimakan bila dah tua bangka macam sekarang ni. Tapi nak buat macam mana, jajan tu pun sedap juga kalau dijadikan kudap-kudapan masa duduk depan TV. Maklumlah... makanan yang memendekkan umur memang sedap. Nak buat macam mana kan? Kuikuikui...
Tapi sejujurnya, memang ada beberapa yang ingin saya capai tahun ni dan sampai ke detik ini pun belum tercapai. Itu pun, entahkan akan tercapai bila hujung tahun datang, entahkan cuma tinggal impian. Tak tahulah! Kalau tercapai syukur alhamdulillah. Kalau tak tercapai, mungkin bukan rezeki. Mungkin rezeki datang lain kali, atau barangkali rezeki di tempat lain. Hidup ni kan sukar dijangka? Atau barangkali juga, hidup ni macam jigsaw puzzle yang suka sangat NASUHAH HARLENA dalam novel HANYA DIA TAHU buat. Kepingan-kepingan semuanya dah ada, dah ditetapkan. Tinggal bagaimana kita nak mencantumkannya biar nampak sempurna. Atau... sampai ke sudah, ada lompang-lompang yang terpaksa ditinggalkan.
Entah! Saya tak tahu. Tapi saya berharap dan akan terus berdoa, moga ada antara beberapa yang ingin saya capai tu akan jadi kenyataan, bukan mimpi. Saya tak nak jadi macam Mat Jenin. Saya nak jadi diri saya sendiri. Kalau tak dapat capai semua pun, separuh daripada tu okey dah. Mungkin separuh lagi, boleh dicapai pada tahun-tahun akan datang. Manusia, angin, udara, tanah, api dan semua isi alam... tolong doakan saya ya? ;-)

No comments:
Post a Comment