"Orang cerdik sentiasa berusaha untuk mendekatkan dirinya dengan yang dinamakan buku kerana di dalam sesebuah buku, ada ilmu yang ada nilai yang boleh dijadikan panduan”
Wah... pesta buku lagi! Tapi kali ni bukan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sebaliknya Pesta Buku Selangor. Tajuk N3 pun dah jelas kan? Mesti yang dinamakan ulat buku tersengih lebar. Cumanya, mungkin ulat buku yang tinggal sekitar Selangor, Kuala Lumpur, atau barangkali Negeri Sembilan dan Perak ajelah. Ulat buku negeri-negeri lain mungkin bibirnya muncung sebab agak jauh. Kalau ada juga yang turun ke Selangor semata-mata untuk pergi ke Pesta Buku Selangor tu, syabaslah! Korang memang ulat buku yang tegar. Kalau saya, mungkin kena fikir banyak kali jugalah kalau tinggal lain daripada 4 negeri yang saya tulis tu.Tahun ni saya tak bertugas macam tahun lepas. Dan tahun lepas, gara-gara Pesta Buku Selangor saya gagahkan diri bawa kereta ke SACC dan itulah pertama kalinya saya bawa kereta sorang-sorang sampai ke Selangor. Takutnya rasa, TUHAN aje yang tahu! Tapi itu dululah, sekarang bila saya ingat-ingat balik, rasa kelakar gila. Memang geli hati gila sebab saya kalut sangat. Saya tak tahu pun SACC tu letak kat mana walaupun saya dah pernah pergi beberapa kali, pergi dengan oranglah. Hanya, bila dah otak saya ni sedikit lembap kalau libatkan jalan, nombor plat kereta atau nombor telefon.
Masa tu saya, SESAT! Entah ke mana-mana kereta saya halakan. Entah ceruk mana saya masuk dan saya yang sedia panik jadi tambah-tambah panik. Nak nangis pun ya. Pusing-pusing tak sampai juga. Sudahnya, berhenti kat stesen minyak dan tanya orang. Ya ALLAH... arah yang ditunjuk tu saya dah pergi tadi, kenapa saya tak nampak signboard yang ada. Agaknya, rasa panik mampu buat orang jadi buta sekejap kot? Mujur juga akhirnya sampai juga. Itu pun rasa-rasanya muka saya yang tak berapa nak manis ni dah bertukar jadi basi agaknya.
Selesai sesi, saya panik lagi. Nak balik macam mana, tak tahu ikut jalan mana. Sudah, memang resah juga walaupun saya senyum dan ketawa macam biasa. Saya? Sedih macam mana nak rak pun, saya tetap juga bolah ketawa dan buat lawak macam selalu. Cuma nasib tak baik aje, tak jadi pelakon. Hahaha. Tapi kalau setakat jadi pak pacak, ok-ok aje.
Bila saya kata pada seorang kawan yang saya tak tau balik. Dia kata, ikut sini dan blablabla. Saya angguk tanda faham. Tapi bila start aje kereta saya jadi tak faham. Saya tanya lagi pada yang jaga tiket parking. Dia terangkan, saya faham. Tapi bila kereta dah ada kat jalan, saya jadi tak faham sekali lagi. Apa ke slow benar daya pemahaman saya ya? Maka, kerja redah-meredah pun bermula dengan jayanya. Masuk keluarlah jalan yang sama, sekali lagi. Sampai akhirnya saya nampak signboard tertulis perkataan Kuala Lumpur, saya dah boleh tarik nafas panjang. Tapi dah lepas tol semua, saya terfikir nak balik rumah macam mana pula? Sekali lagi saya sesat dan main redah aje sampailah betul-betul ada depan rumah. Alhamdulillah.
Sebenarnya, kalau suruh saya pergi sorang-sorang ke SACC tu, saya yakin akan sesat lagi, lagi dan lagi. Ni kelemahan yang melampau, kan? Tapi kalau pergi ke Karangkraf, insya-ALLAH tak akan sesat. Cuma balik tu, confirmlah akan sesat sebab, adoilah... kenapa saya jadi macam ni? Cubalah sekali aje pergi saya dah tau. Ni sesat berkali-kali pun tetap juga sesat lagi bila sampai masa.
Apa pun, kepada yang datang berkunjung ke Pesta Buku Selangor tu, jangan lupa dapatkan karya-karya saya tau. Antaranya, SEMUSIM RINDU, KASIH ANTARA KITA, JANJIKU BERSAMAMU, SEGALA-GALANYA UNTUKMU, HANYA DIA TAHU, AKU MAHU KAMU, TANPAMU AKU RINDU, KASIH BENAR KASIH, TERUS CINTAI AKU, BOLEH SAYA SAYANG AWAK?, TAK MAHU KAU HILANG, KAU KATA CINTA, BUKAN CUMA DIA dan DIA TAK TANYA. Tapi... 5 dari belakang tu, kalau cari sampai keluar air mata darah pun tak jumpa. Sebab, tak terbit lagi. Malah ada yang belum buat satu apa pun lagi. Jangan marah ya, gurau-gurau aje.
P/S : TAK BELI 9 BUAH SEKALI GUS MACAM DALAM GAMBAR DI ATAS, BELI SEBUAH PUN SAYA DAH SANGAT BERBESAR HATI. TAPI... ORANG DI DALAM GAMBAR TU TAK JUAL YA!
wahh, bilalah pesta buku ada dekat sabah yer
ReplyDelete