- WOW... 1 TAHUN TU! -

June 4, 2012

Nama saya, KASIH BENAR KASIH. Saya dilahirkan pada Jun 2011, sekarang pula dah masuk Jun 2012. So... maknanya sekarang ni, umur saya genap 1 tahun. Alhamdulillah, panjang umur saya! Gaya macam orang aje kan? Hahaha! Kalau saya orang, saya pasti masih hisap susu. Kan, 1 tahun... bukan 11 tahun. Tapi tentu juga saya dah boleh berjalan dan bercakap ayat yang mudah. Cuma yang tak pasti, pelat atau tak saya agaknya ya? Hahaha... merepek terus!

Tapi sepanjang saya umur 1 tahun ni, saya dah tempuh macam-macam hal. Ada yang suka sangat pada saya, sampai-sampai nak jadi DINZLEY, si doktor haiwan yang agak kelakar, kuat menyakat dan sangat penyabar. Tapi kalau tanya pada tuan saya, dia tentu suka pada mama dan papa Dinzley yang kelakar dan selamba. Ada juga yang nak jadi Annura, yang serius sentiasa dan berdendam juga.

Ada juga yang cuma suka biasa-biasa aje pada saya. Mujur juga dalam biasa-biasa tu, katanya saya masih boleh dilayan sampai ke titik akhir. Mungkin ada kekurangan dalam diri saya yang tuan saya tak perasan. Insya-ALLAH... tuan saya tentu akan cuba perbaiki mutu penulisan dia pada masa-masa akan datang. Walaupun kata tuan saya, “Nak puaskan hati semua orang bukannya perkara mudah dan tentunya tak mungkin”. Tapi saya yakin, tuan saya akan berusaha sebaik mungkin. Dia, walaupun tak besar mana, semangat dia kuat macam Si Badang. Kalau tak, takkanlah... dia boleh bertahan sampai ke tahap ni. Tahun depan... dah genap 10 tahun tau dia masuk dalam bidang penulisan yang penuh dengan dugaan. Tahniah tuan! Kahkahkah...

Bila ada suka, tentu ada juga yang tak suka. Tak apa, saya tak kisah sebab tiap orang hendak dan mahunya tak sama. Macam kata entah siapa dalam Mentor malam tadi. Ada orang suka makan nasi goreng USA, ada orang suka makan nasi goreng kampung. Tapi asasnya tetap juga nasi kan? Macam sayalah! Cumanya... saya bukan nasi yang boleh dimakan. Kalau nak makan pun, boleh juga sebenarnya. Tapi panggilnya, makanan jiwalah. Apa tu makanan jiwa? Alah... makanan yang tak mengenyangkan. Cuma boleh memandu kalau-kalau kita tersesat. Memanglah tak banyak yang saya boleh beri, tapi biar sebesar kuman pun, tetap juga ilmu kan? Mana tahu, kala sesak, saya boleh dimanfaatkan, ;-)

Apa pun, untuk saya... SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERTAMA. Pada yang mendapatkan saya dan menghadamkan saya, terima kasih sangat-sangat diucapkan. Harap-harap kawan-kawan, tak akan serik membaca adik-beradik saya yang lain [dari yang sulung sampai yang bongsu], terutamanya si bongsu TERUS CINTAI AKU tu. Pada yang belum mendapatkan dan terasa mahu mendapatkan saya, kalian sangat dialu-alukan, ;-)

5 comments:

  1. salam. i luv la all ur novelsss akk! i've oredi read diz las year *wink2*
    http://aisyamokhtar.blogspot.co.nz/2011/10/kasih-benar-kasih.html

    ReplyDelete
  2. : AISYA - salam... terima kasih sangat2 tau. jap lagi akak nak datang melawat, ;-)

    ReplyDelete