- SIAPA KATA ZALIS TAK WUJUD? -

“Sejak kita melafaz janji, telah kukunci pintu hati ini”

Opsss... kalau ada rasa-rasa nak mencari tahu tentang Zalis, bagaimana orangnya, bagaimana rupanya, berapa umurnya, berapa adik-beradiknya, siapa ibu bapanya, di mana tempat tinggalnya, apa kerjanya, cantik atau tidak dia dan apa-apa saja tentang dia, silalah ya... sila tak berbuat begitu sebab tak akan jumpa di mana-mana. Kalau jumpa pun, itu tentu Zalis yang lain, Zalis yang barangkali sama pada nama tapi tak sama dengan Zalis yang ada dalam novel TERUS CINTAI AKU [TCA] yang baru aje terbit pada bulan Mac tahun ni, 2012. Sebabnya, Zalis yang di dalam TCA itu tak wujud di alam nyata, hanya wujud dalam kepala saya dan kemudian saya zahirkan di skrin komputer, hantar kepada penerbit dan kemudian bentuknya bertukar menjadi sebuah novel yang covernya agak menarik di mata saya.

Jadinya, kenapa tajuk N3 saya macam tu kan? Oh, itu cuma nak buat gempak aje! Terkejut tak? Terkejut? Atau... tak? Kalau terkejut, maaf dan kalau tak terkejut pun tak apa-apa, saya sikit pun tak kecil hati. Memang kenyataannya Zalis tak wujud! Tapi... yang tak wujud hanya Zalis, sedangkan apa yang Zalis alami turut dialami banyak orang di luar sana. Pengharapan dan impian Zalis pada sebuah janji pasti juga pernah jadi pengharapan dan impian semua orang, termasuk kita. Hanya, mungkin dalam TCA, Zalis bernasib baik kerana walau sederita mana pun dia, di penghujungnya dia berbahagia mendapatkan Khilfie sebagai suami dan secara tak langsung janji zaman kanak-kanak dia dan Khilfie dapat direalisasikan. Sedangkan, mungkin ramai yang hanya mampu menggenggam pengharapan dan impian semata-mata, tanpa melihat pengharapan dan impian mereka menjadi kenyataan.

Sejak TCA wujud, ramai yang berkata mereka seperti Zalis, menyimpan harapan dan dalam diam hanya bertepuk sebelah tangan. Ada juga yang berkata, kisah Zalis bagaikan ada bau-bau bacang dengan mereka. Ada juga yang berkata mereka juga memegang janji, menunggu janji mereka dilaksanakan oleh pihak yang satu lagi. Ada juga yang berkata, mereka seperti Zalis namun mereka tidak seberuntung Zalis. Malah, ada banyak lagi yang saya dengar. Tak kurang juga yang berkata kalau dalam dunia ni tak mungkin ada orang seperti Zalis. Mereka kata Zalis hanya wujud dalam fantasi. Hakikatnya kata mereka, “Tak ada orang yang mampu jadi sesetia Zalis”.

Tapi yang kata orang seperti Zalis itu tak ada, SILAP BESAR. Tahu kenapa? Pagi ni... ada orang PM saya. Panjang lebar mesej yang dihantar pada saya, hanya gara-gara sebuah novel yang saya beri judul TERUS CINTAI AKU. Dia bercerita tentang masa kecil dan janji yang dibawa sampai ke hari ini. Hanya nasibnya tak sebaik Zalis bila Zalis akhirnya mendapatkan apa yang diinginkan, sedangkan dia yang menghantar mesej itu hanya mampu memuja bulan.

Alahai... rupa-rupanya dalam dunia ni, ada orang seperti Zalis. Tersenyum lebar saya bila sampai pada kisah betapa manisnya dia dan si dia semasa zaman kecil mereka, sedangkan saya sendiri walaupun banyak cerita tak pernah dilayan sebaik itu. Bahkan, Zalis sendiri pun tak dilayan Khilfie dengan layanan semanis itu. Memang saya kagum! Tapi kemudian, mata saya bergenang dengan air bila manisnya kisah zaman kanak-kanak hadirnya hanya sedetik waktu. Saya dapat merasakan kesakitannya. Ya... dia memendam rasa dalam diam, dia bertepuk sebelah tangan dan hanya mampu memandang si dia bahagia bersama orang lain. Dia tahu harapannya hanya tinggal harapan bila kini si dia sudah pun punya keluarga tersayang. Sedangkan dia sampai ke detik ini, masih gagal melenyapkan si dia dari hati.

Kata dia, “Ramai yang kata dia bodoh sebab terlalu memegang cinta zaman kanak-kanak”. Tapi tak ada sesiapa pun tahu apa yang dia rasa. Dia sakit dalam sihat! Ya... saya faham, saya mengerti apa itu rasanya sakit dalam sihat, sangat mengerti sebab saya sendiri pun pernah rasa perasaan yang sama dan saya yakin, orang lain juga mengerti selagi mereka punya hati dan perasaan. Memang menunggu buah yang tak jatuh, satu perbuatan yang sia-sia. Tapi harus diingat, bila sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan, bukannya mudah untuk ditangani, seperti yang tertulis dalam blurb TC, “Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat”.

Sejujurnya, saya tak tahu kata apa yang harus diguna untuk memujuk dia yang dah 16 tahun menyimpan perasaan pada yang tak tahu. Yang saya katakan pada dia, “Sabar dan bertabahlah dalam setiap dugaan yang datang. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tapi kita boleh terus berdoa dan berusaha yang baik-baik untuk diri kita sebab ALLAH tak pernah tak dengar doa hamba-NYA. Mungkin kalau dapat dia sebagai teman hidup, awak rasa itu yang paling baik. Tapi mana kita tahu bila betul-betul dah jadi, rasa yang lain pula akan wujud. Sudahnya, ikatan yang ada mungkin boleh lerai dan turut diseret sekali ikatan persahabatan. Masa tu, kenangan manis akan jadi igauan paling buruk. Percayalah, tiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Dan ALLAH... tak menduga manusia melebihi batas kemampuan yang dimiliki. Teruskan bersabar, jalani hidup ini apa adanya. Moga akan bertemu dengan orang yang dapat terima diri awak seadanya”.

Tak tahu kata-kata itu berguna atau tak sebagai penawar untuk luka yang dah lama. Tapi saya benar-benar berharap dia dapat jalani hidup ini seadanya. Nikmati apa aje yang bakal berlaku seperti mana apa adanya dan selebihnya, terus membina harapan dan impian yang baru kerana manusia yang hilang harapan dan impian ibarat manusia yang hidup tapi tak bernyawa.

P/S : KALAU BERJALAN, JANGAN HANYA MEMANDANG SEHALA, PANDANG JUGA KIRI DAN KANAN, SIAPA TAHU... YANG KITA CARI ITU SEBENARNYA TAK JAUH MANA, ;-)

2 comments:

  1. salam kak, tapi kan raut wajah zalis yg dgmbarkan sama dgan kwan saya, mmg sy nmpak dia masa baca TCA...haha...

    ReplyDelete
  2. rin suka gile baca terus cintai aku. hihihi... baru separuh je baca n buku tu dh diambil oleh housemate n x tau kat mana dah. rin ingat rin nak beli sendiri dlm masa terdekat nih.. :D
    rin pun suka tulis cerita cinta dri zaman persekolahan. ada dua, satu dh siap, dh anta kat penerbit n dh apprv untuk diterbitkan. bila baca cerita terus cintai aku, teringat kat cerita yg rin tulis gak . hehehe.. ada iras, tpi x sama.. :)
    yg satu lagi, pempuan tu suka lelaki tu dri kecik lagi,tpi laki tu benci kat pempuan tu bgai nak rak. baru 200 ms. jenuh nak habiskan.
    rin baru baca part hero asyik kejar2 heroin... wlupun dh ada tunang . tunang dia asyik nak marah je kerja. cmpak dlm longkang best kut. x sabar nak pi kedai buku esok untuk cari TCA~ >.<

    ReplyDelete